Bajet 2017,! Belanjawan Terbaik Untuk Rakyat – Menteri Kabinet

Posted on

41477051477_dsnajibrazak

KUALA LUMPUR: Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan belanjawan yang terbaik kepada setiap sektor dan pendapatan rakyat untuk semua golongan.

Rata-rata inisiatif yang diumumkan mendapat reaksi positif dari ahli Kabinet negara, dan melihatnya sebagai bajet yang komprehensif dan menyeluruh.

Berikut adalah antara reaksi Bajet 2017 oleh ahli Kabinet:

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi:

“Malaysia masih mampu memberi belanjawan terbaik kepada rakyat. Datuk Seri Najib masih memperkirakan pemberi belanjawan kepada semua golongan dan rakyat diperkira. Ini memperlihatkan keprihatinan kerajaan.”

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed:

“Saya amat gembira bahawa Bajet 2017 memberi fokus yang kukuh mengenai peranan PKS sebagai pemangkin untuk rakyat, ekonomi dan negara.”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan:

“Bajet 2017 adalah pelan holistik yang mendakap nilai dan aspirasi rakyat Malaysia yang merintis jalan ke arah peluang ekonomi yang lebih mantap, rangkaian sekuriti terbaik untuk keluarga kita dan taraf hidup lebih tinggi daripada tahun-tahun sebelum ini.

“Bajet 2017 adalah simbol usahasama kolektif kerajaan dan rakyat demi kekuatan, ketahanan dan komitmen sebuah negara berdaulat.”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri:

“Pembangkang… memang tugas mereka membangkang. Sebab itu mereka tidak tahan untuk mendengar. Bajet ini amat menyeluruh, mereka tidak ada lagi ingin membantah.”

Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:

“Kita nampak ini selaras dengan transformasi luar bandar, bukan sahaja membangunkan infrastruktur tetapi ekonomi. Malah ia memberi banyak kelebihan dalam pendidikan MARA, TVET dan tabika Kemas. Semuanya mendapat peruntukan daripada Perdana Menteri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim:

“Jambatan Batang Lupar, Sri Aman akan membuka lagi kawasan-kawasan di situ dan menjadi satu sambungan kepada Pan-Borneo. Jumlah perjalanan boleh dikurangkan kepada separuh masa (berbanding sebelum ini).

— Astro Awani

Advertisements

2 thoughts on “Bajet 2017,! Belanjawan Terbaik Untuk Rakyat – Menteri Kabinet

    […] Baca: Bajet 2017,! Belanjawan Terbaik Untuk Rakyat – Menteri Kabinet […]

    Like

    […] Baca: Bajet 2017,! Belanjawan Terbaik Untuk Rakyat – Menteri Kabinet […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s