Bajet 2017,! Disifatkan Sebagai Menyeluruh Kepada Kumpulan Sasar – Rohani

Posted on

rohanikarimbajet2017

KUCHING – Bertemakan “Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh”, Bajet 2017 yang telah dibentangkan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dilihat membantu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memperkasakan kumpulan sasar kementerian.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Rohani berkata “Bagi KPWKM, Bajet 2017 memberi fokus kepada bantuan kebajikan, kanak-kanak, TASKA, Orang Kurang Upaya (OKU) dan kesejahteraan wanita”.

Ini dapat dilihat menerusi beberapa inisiatif dan pemberian kerajaan kepada golongan yang memerlukan dalam memastikan mereka ini terus menikmati kesejahteraan hidup.

“Mengekalkan pemberian Bantuan Am sehingga RM300 sebulan dan Bantuan Kanak-kanak RM450 sebulan yang bakal memberi manfaat kepada sejumlah 69 ribu keluarga.

“Bantuan sedia ada kepada warga emas turut dikekalkan iaitu sebanyak RM300 sebulan yang bakal memberi manfaat kepada seramai 120 ribu orang warga emas.

“Sebanyak lapan (8) buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) bakal diwujudkan sebagai persediaan menghadapi negara tua menjelang 2035,” katanya ketika mengulas Bajet 2017 yang dibentangkan semalam menerusi kenyataan media.

Selain itu, kerajaan turut memberikan pelepasan cukai kepada pembayar cukai individu dalam menggalakkan mereka menghantar anak-anak ke TASKA.

“Kerajaan bersetuju memberikan pelepasan cukai RM1 ribu akan diberi kepada pembayar cukai individu yang menghantar anak berumur 6 tahun ke bawah ke taman asuhan dan pra sekolah yang berdaftar bagi menggalakkan ibu bapa menghantar anak ke TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Ini bagi memastikan anak-anak mendapatkan pendidikan yang sewajarnya dan berkualiti di samping menjamin keselamatan mereka,” jelasnya lagi.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan mengiktiraf golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di atas usaha dan kejayaan yang dikecapi mereka selama ini termasuklah dalam bidang sukan.

“Untuk itu, memberikan pelepasan cukai GST kepada kira-kira 387,122 OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membeli peralatan bantuan tanpa melalui Entiti Kebajikan Swasta.

“Selain itu, skop barang yang layak mendapat pelepasan juga akan diperluaskan,” katanya lagi.

Golongan wanita turut tidak ketinggalan menerima inisiatif dalam Bajet 2017 apabila kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion bagi program pemerkasaan wanita di bawah Jabatan Pembangunan Wanita.

“Ini meliputi Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT), IkeuNita dan Women Career Comeback.

“Manakala, RM30 juta telah diperuntukkan kepada kaum wanita untuk menjalani pemeriksaan mamogram, dan suntikan imunisasi HPV secara percuma untuk mencegah kanser serviks,” tambahnya lagi.

Dalam memaksimakan impak pelaksanaan program yang dirancang, kementerian juga akan menggunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan penglibatan bersama pelbagai kementerian dan agensi melalui perkongsian strategik, melipatgandakan penglibatan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta menggalakkan pendekatan Tanggungjawab Sosial Korporat oleh syarikat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi kesejahteraan kumpulan sasaran.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s