Bajet 2017,! TN50, Kenapa Kita Perlu Cakna?

Posted on

wp-1477128736488

Jika DEB diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak Hussien bagi tujuan merapatkan jurang ekonomi antara kaum, Wawasan 2020 pula adalah untuk mensasarkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi atau negara maju, apa pula hala tuju dan final aim untuk Transformasi Nasional atau dijenamakan sebagai TN50.

Begitulah ramai yang sedang tidak sabar menanti huraian lebih jelas akan dasar dan hala tuju negara yang baru ini. Walau apapun persepsi, kita harus akui bahawa TN50 hadir tepat disaat bilamana Wawasan 2020 sudah hampir ke titik penghujungnya.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan melihat jauh demi negara dan rakyat, dasar baru sememangnya wajar diperlihatkan agar rakyat tahu apa yang kerajaan mahu/rangka untuk Malaysia selepas ini.

Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan TN50 semasa tiga tahun lagi negara akan memasuki Wawasan 2020.

Jika ada yang cuba was-was atau skeptikal terhadap TN50 ini, eloklah kita melihat kembali fikiran mereka dengan mempersoalkan bila masanya yang sesuai untuk negara merancang “whats next” buat diri mereka sendiri dan negara tercinta.

Yang lebih kelakar apabila ada juga yang mengatakan bahawa TN50 adalah bagi melenyapkan legasi Wawasan 2020 oleh Tun Dr Mahathir Mohamed.

Inilah sikap rakyat yang berfikiran terlalu jumud yang Malaysia ada selama ini. Suka atau tidak, masakan mereka tak sedar bahawa Wawasan 2020 hanya berbaki lagi tiga tahun dari sekarang.

Jika begitulah tahap pemikiran mereka, kenapa pula tidak mempertikaikan DEB dan Wawasan 2020?

Paling tidak Perdana Menteri dalam merangka TN50 ini menggunapakai cara Islam dengan bermusyawarrah antara pakar melalui siri dialog nasional atau national discourse bagi memeta halatuju negara di atas sebuah kanvas yang baru.

“Kalau Dasar Ekonomi Baru dulu Allahyarham Tun Razak rencanakan untuk menyediakan Generasi Baharu yang berjaya dalam tempoh 30 tahun, begitulah TN50 ini akan menjangkau 3 dekad proses dan gerak kerjanya, bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa dan berminda par excellence,” ungkap Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2017.

Ia terbukti TN50 ini bagi membentuk sebuah negara yang maju dan berdaya saing dengan “diisi” oleh rakyatnya yang memiliki tahap pemikiran tinggi serta matang.

Oleh demikian, bagi mereka yang sudah skeptikal dan “membenci” TN50 dari awal tanpa mengetahui corak rupanya terlebih dahulu adalah mereka yang sebenarnya “tidak layak” untuk menjadi sebahagian dari TN50 itu.

Bak kata Perdana Menteri, kita mahu menjadi nenek dan moyang yang bertanggungjawab yang mahu mewariskan apa yang kita ada dengan terbaik dan terhebat buat cucu dan cicit kita.

Jadi patutkah kita selaku bakal ibu bapa, nenek dan moyang yang bertanggungjawab hanya akan membiarkan agenda negara terhenti sekadar Wawasan 2020 sahaja?

Patutkah kita menjadi bapa, nenek dan moyang yang mementingkan diri sendiri? Kerana kita saja yang menikmati Wawasan 2020 sedangkan membiarkan anak, cucu dan cicit kita hidup dalam ketiadaan agenda serta hala tuju?

Jangan jadi rakyat yang kufur nikmat dan berfikiran jumud. Ayuh tolak tepi seketika soal politik kebencian, kita sama-sama membantu pemerintah dari pemimpin dan penjawat awam untuk memacu negara kearah TN50.

Ingat, ia bukan untuk kita tetapi ia suati fardhu kifayah yang wajib keatas kita untuk anak, cucu dan cicit kita nanti.
– Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s