[Video] Bajet 2017,! Pembangkang ‘Panas’ Dengan Faedah Dinikmati Rakyat

Posted on

photo_2016-10-22_18-51-53

PUTRAJAYA: Tindakan beberapa kumpulan pembangkang keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2017 semalam, menunjukkan mereka ‘kepanasan’ dengan pelbagai pengumuman bakal dinikmati rakyat negara ini.

Baca: [Video] Bajet 2017,! Teks Ucapan Penuh #Bajet2017 Yang Dibentangkan Oleh YAB Perdana Menteri

Baca: Bajet 2017,! Belanjawan Terbaik Untuk Rakyat – Menteri Kabinet

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata sebelum ini pembangkang mencanang Malaysia akan menjadi negara gagal.

“Bajet 2017 memanfaatkan semua golongan termasuk Orang Kurang Upaya (OKU), wanita dan anak muda, merangkumi pelbagai faedah termasuk perumahan jadi pembangkang rasa ‘panas’.

“Mereka uar-uarkan Malaysia akan jadi negara gagal tetapi apa yang dibentangkan semalam menunjukkan kita berada di landasan betul mengikut kemahuan rakyat,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Alam Sekitar Negara, Pelancaran Tong Kitar Semula dan Program Joran Bersama Komuniti Putrajaya di sini, hari ini.

Tengku Adnan berkata, sikap itu berbeza dengan wakil rakyat PAS yang bertindak rasional apabila kekal di dewan sehingga pembentangan selesai.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
TENGKU Adnan (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil komuniti penduduk ketika merasmikan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Wilayah Persekutuan dan Bengkel Joran Bersama Komuniti Wilayah Persekutuan di Taman Rekreasi Air Wetland, di Putrajaya, hari ini. Yang turut hadir Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhisham Othman (kanan).

“Mereka tahu arahan, sekali gus menunjukkan mereka rasional dan tahu apa yang dilakukan parti memerintah untuk memberi penerangan supaya dapat dimaklumkan kepada rakyat,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan merangkumi parti PKR, DAP dan Parti Amanah Negara keluar ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, masih membentangkan Bajet 2017.
— BH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s