Bajet 2017,! Pembangkang ‘Mati Akal’

Posted on Updated on

bajet2017

SUDAH terasa tidak boleh pi, tiba-tiba terus boikot dengan keluar beramai-ramai. Itulah tindak tanduk wakil-wakil pakatan pembangkang yang boleh ‘dibaca’ di Dewan Rakyat jumaat baru-baru ini.

Baca:[Video] Bajet 2017,! Pembangkang Tidak Hormati Sistem Demokrasi Berparlimen – PM Najib

Sudahlah semasa pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu, sebilangan wakil pembangkang dalam dewan tidak ambil peduli langsung. Antaranya, ‘membuta’ dan main gajet.

Padahal boleh pula – barangkali dalam sejam awal pembentangan itu tidak nampak apa yang mahu ‘dispin’ (diputarbelit) – mereka mengambil keputusan kurang matang keluar dewan.

Di luar Dewan Rakyat, tambah pelik lagi isu ‘MO1’ dimainkan. Nampak sangat perkara itu telah dirancang dengan sudah siap cantik sekali ‘sepanduk dan logo’nya.

Pemahaman isu MO1 ini sengaja diputar belit oleh pihak tertentu untuk membabitkan Najib supaya agenda menjatuhkan Perdana Menteri akan tercapai.

Hakikatnya apa yang sebenar berlaku ialah MO1 adalah ganti nama sahaja. Dan boleh juga disebut MO2, MO3 dan sebagainya. Ia tidak semestinya berkaitan dengan hierarki pemerintahan Malaysia.

Sebagai contoh apa yang terdapat di negara ini dalam kertas siasatan (IP) ada gunapakai kod-kod pesalah yang dituduh sebagai B1,B2 dan seterusnya pengadu atau saksi gunapakai A, A1 dan seterusnya.

Dalam hal ini, MO1 tidak spesifik terhadap sesiapa. Isu sebegini hanya permainan pihak yang sudah terdesak untuk menjatuhkan Najib daripada menjadi pemimpim No. 1 Negara.

Lebih dahsyat lagi, isu dakwaan IMDB yang diuar-uarkan termasuk oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat tidak nampak rasionalnya. Sebabnya – tiada seorang pun yang ditahan dan disoal siasat sehingga hari ini.

Penjelasan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap penolakan pembangkang ke atas Bajet 2017 pun nampak ‘goyah dan keliru’. Kononnya dakwa Muhyiddin, Bajet 2017 tidak realistik.

Macam-macam ‘kesimpulan’ daripada Muhyiddin yang buat pertama kali berada di kelompok pembangkang dalam Dewan Rakyat.

Bila dia cuba gambarkan Bajet 2017 teruk, ekonomi dunia takkan pulih dan negara pada ramalannya tidak akan dapat dana baharu, jelas sekali menunjukkan – Muhyiddin! kamu memang sah suara pembangkang.
— KLXpress

Advertisements

One thought on “Bajet 2017,! Pembangkang ‘Mati Akal’

    […] Baca: Bajet 2017,! Pembangkang ‘Mati Akal’ […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s