Bersih 5.0,! Tiada Kompromi Lagi Syarikat Taja Himpunan Bersih – Rahman Dahlan

Posted on

Putrajaya, 12/11/2014, Minister of Urban Wellbeing, Housing and Local Government Datuk Abdul Rahman Dahlan speaking at a press conference after chairing a national housing committee meeting at Urban Wellbeing,Housing and Local Government Ministry, Putrajaya. Pic by Hussein Shaharuddin/TMR

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan meminta agar kerajaan menyenarai hitamkan mana-mana syarikat yang menaja perhimpunan Bersih tetapi dalam masa yang sama syarikat-syarikat tersebut juga memperolehi kontrak daripada kerajaan.

Katanya, masa untuk berlembut dengan syarikat-syarikat seperti ini sudah berakhir dan beliau mahu kerajaan mengambil tindakan tegas dengan tidak lagi memberikan kontrak kepada syarikat-syarikat yang jelas menjadi penaja kepada gerakan yang mengganggu gugat keselamatan negara.

“Perkara ini saya ambil maklum daripada pandangan ruangan Awang Selamat dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut di mana kerajaan sepatutnya menyenaraikan hitamkan mana-mana syarikat yang didapati menaja perhimpunan Bersih dengan tujuan untuk menggulingkan kerajaan.

“Sudah sampai masanya kerajaan tidak lagi berlembut dan tidak ada lagi toleransi dengan mana-mana syarikat dalam hal ini. Saya juga Saya akan minta EPU dan UKAS untuk melihat semua latar belakang syarikat yang memohon kontrak kerajaan melalui mereka,” tegasnya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, ada banyak lagi syarikat-syarikat yang benar-benar berkemampuan dalam mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan yang tidak menggunakan keuntungan yang mereka perolehi untuk menaja gerakan seperti Bersih yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

“Saya yakin, jika syarikat-syarikat tersebut disenarai hitamkan, maka ada banyak lagi syarikat-syarikat yang berkemampuan dan ikhlas untuk diberikan kontrak-kontrak kerajaan. Malah syarikat-syarikat itu mungkin lebih baik sekiranya mereka diberi peluang untuk mendapatkan kontrak kerajaan,” ujarnya.

— MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s