Bajet2017,! RM85 Juta Bukan Untuk PERMATA Sahaja

Posted on

belanjawan-2017

Peruntukan RM85 juta untuk Program Permata Negara bukan untuk perbelanjaan mengurus program pendidikan awal kanak-kanak itu sahaja, kata pegawai khas perdana menteri Datuk Rizal Mansor.

Menyifatkan pembangkang sengaja tidak menjelaskannya, Rizal berkata peruntukan itu termasuk untuk penubuhan Pusat Kecemerlangan “Top STEM talent” di Akademi Sains Negara.

Selain itu, kos itu juga termasuk kerja ubah suai untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru Raja Melewar di Negeri Sembilan dan Kampus Tuanku Bainum di Pulau Pinang kepada Pusat PERMATA Pintar dan Berbakat.

“Andai kata semua kos-kos di atas adalah untuk PERMATA sepenuhnya, adakah RM85 juta setahun untuk pendidikan 50,000 kanak-kanak warga Malaysia yang merupakan modal insan dan menjadi teras masa depan pembangunan negara dianggap melampau?

“Secara purata kanak-kanak ini cuma mendapat peruntukan RM1,700 setahun,” soal Rizal sambil mempersoalkan sumbangan pembangkang untuk pembangunan insan.

Dalam kenyataannya hari ini, Rizal juga berkata bertahun-tahun PERMATA dan penaungnya Rosmah Mansor difitnah dah ditohmah pembangkang dan penyokong mereka.

Bagaimanapun, katanya, walaupun terbukti salah kemudiannya, perkara itu dibiarkan begitu saja.

“Sebelum ini mereka mendakwa peruntukan PERMATA bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM711 juta.

“Walaupun ia ternyata tidak benar namun tiada sekelumit ungkapan maaf ataupun pembetulan dibuat oleh pihak pembangkang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s