DUN Kelantan Sembah Tahniah Pemilihan Sultan Kelantan Sebagai Agong

Posted on

smv-gif_1476429281

KOTA BHARU, 24 Okt — Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini meluluskan usul sembah tahniah dan junjung kasih atas pemilihan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa 13 Dis ini.

Baca: Sultan Muhammad V Dipilih YDP Agong Ke-15

Usul berkenaan yang diluluskan sebulat suara oleh anggota dewan, dicadangkan oleh Azami Md Nor (PAS-Kadok) pada persidangan yang berlangsung di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Beberapa anggota dewan termasuk Datuk Hassan Mohamood (PAS-Tawang), Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dan Datuk Husam Musa (Amanah-Salor) mengambil bahagian berucap menyokong usul berkenaan.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 14 Okt lepas, telah memilih Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa 13 Dis ini, bagi menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Md Alwi dalam ucapannya berkata rakyat Kelantan bersyukur dan berbangga atas pemilihan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Beliau turut mengajak seluruh rakyat Kelantan bersatu hati untuk bersama-sama baginda terutamanya bagi mempertahankan Islam yang sedang menghadapi pelbagai cabaran.

Husam pula berkata pemilihan Sultan Kelantan itu, akan membawa lebih banyak pembangunan di Kelantan termasuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, pelabuhan Tok Bali di Pasir puteh, dan projek tebatan banjir.

Sementara itu, pada sesi penggulungan, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata seluruh rakyat mempersembahkan setinggi tahniah dan junjung kasih atas pemilihan Sultan Kelantan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata seluruh rakyat Kelantan bersyukur dan berbangga dengan pemilihan tersebut dan dengan bertahtanya Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong maka besar harapan rakyat kepada baginda untuk menaungi negara ini dengan jayanya dan berpandukan syariat Allah SWT.

Beliau berharap segala hak negeri Kelantan dapat dinikmati oleh semua rakyat dengan adilnya.

“Semoga sistem federalisme yang kita amalkan antara kerajaan negeri dan persekutuan dapat berjalan dengan lancar tanpa diskriminasi dan dipenuhi hak masing-masing atas kesaksamaan dan keadilan,” katanya.

— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s