Mahathir Sebabkan Umno Melutut – Annuar Musa

Posted on

400-0-95f5aa98eedbe8c06fbabe806bee9ee9

Semua pembiayaan politik yang disalurkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah diagih-agihkan kepada bahagian-bahagian Umno, menurut Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Ia termasuk wang yang dipindahkan terus kepada Najib, kata Annuar, memetik laporan akhbar New Straits Times hari ini.

“Sebagai sebuah parti, kita selama ini bergantung kepada sumber-sumber pembiayaan yang diwujudkan melalui pembentukan perniagaan berkaitan parti yang dikawal oleh orang-orang tertentu.

“Itulah yang terjadi selama ini dan parti menggerakkan jentera pilihan raya menerusi pembiayaan oleh pihak-pihak ini,” jelas beliau lagi.

Annuar berkata demikian ketika berucap kepada akar umbi Umno Melaka dalam program jelajah di seluruh negara berhubung perkara itu di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron semalam.

“Masalahnya ialah apabila seseorang menerajui negara ini selama 22 tahun, pasti ramai ahli perniagaan seperti itu dan penyokong yang rapat dengan beliau yang digunakan untuk memegang dana parti.

“Itulah bagaimana parti dikendalikan dan sistem yang Mahathir wujudkan, dan inilah bagaimana beliau cuba untuk terus mengawal,” kata Annuar, sambil menambah bahawa sistem itu telah memaksa Najib untuk mengubahnya dan mencari cara baru untuk menstabilkan Umno.

— Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s