Restorasi,! Kerajaan Kelantan Didesak Rombak Pengurusan AKSB

Posted on

14680553_1203384983034064_1922849744149453790_n

KOTA BHARU, 24 Okt — Kerajaan Kelantan didesak supaya merombak pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk mengatasi masalah bekalan air yang berlarutan di negeri itu.

Baca: Air Karat,! Restorasi Desak Bubar Struktur AKSB Lama

Baca: [Video] Restorasi,! AKSB ‘Air Karat Sokmo Boh’

Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) mencadangkan supaya tiga pegawai kanan AKSB ditukar kerana mereka disyaki menjadi punca kepada masalah dalaman syarikat itu.

“Maklumat mengenai ketiga-tiga pegawai itu diperoleh daripada ‘orang dalam’ syarikat itu,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan berkaitan masalah bekalan air yang berlarutan di negeri itu, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Hanifa Ahmad (PAS-Pengkalan Pasir) ketika menjawab soalan berkenaan meminta Abdul Aziz mengemukakan nama tiga pegawai kanan berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Saya sedia menyiasat dakwaan yang dikemukakan ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) Kuala Balah dan nama pegawai berkenaan boleh didedahkan di dalam dewan atau diserahkan kepada Speaker untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob (PAS-Pasir Pekan), turut mencelah dengan meminta nama berkenaan diserahkan kepadanya untuk tindakan lanjut.

Hanifa mengakui Kelantan berhadapan masalah bekalan air, namun hampir keseluruhan masalah tersebut akan dapat diselesaikan seawal akhir 2019 atau awal 2020.

“Punca utama masalah dihadapi kerana kerajaan negeri kekurangan wang, berikutan Kerajaan Pusat hanya meluluskan RM604 juta pada 2011, berbanding permintaan kita sebanyak RM2 bilion,” katanya.

Abdul Aziz ketika ditemui pemberita selepas persidangan ditangguhkan berkata tiga nama tersebut telah diserahkan kepada menteri besar.

Sidang dewan bersambung esok.
— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s