RUU 355,! Kerjasama PAS – UMNO Sokong Pindaan Akta 355

Posted on

2016-10-24-photo-00002271

KUALA LUMPUR – Kesungguhan penyatuan UMNO dan PAS dalam merealisasikan pindaan Akta 355 menunjukkan keseriusan kedua parti ini dalam usaha memperkasakan peranan Mahkamah Syariah sekaligus memperkukuhkan ajaran Islam di Malaysia.

Menurut Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Dewan Pemuda PAS, meskipun agak sukar dan punyai halangan dalam menyatukan semula umat Islam di negara ini atas landasan agama yang sebenar namun pindaan Akta 355 melalui Rang Undang-Undang Persendirian Ahli Parlimen PAS telah dilihat sebagai suatu usaha yang terbaik dalam pemerkasaan peranan Mahkamah Syariah dan juga sebagai titik penyatuan umat Islam di negara ini.

Beliau turut menambah bahawa pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) juga menyatakan sokongan yang padu dalam usaha ini. Kesungguhan UMNO dan PAS juga dalam penyatuan menjadikan ia langkah terbaik dalam mengukuhkan ajaran Islam dalam negara.

Nik Mohamad Abduh melalui kenyataannya dalam harakahdaily.net juga menambah, pindaan Akta ini bukan suatu tugas yang mudah kerana terdapat segelintir pihak yang terlalu menjaga kepentingan mereka lalu enggan menjalin kerjasama dengan kumpulan yang tidak sehaluan dengan mereka.

“Maka atas sebab inilah ada sebahagian mereka yang menentang secara lantang dan ada pula yang cuba merangka halangan melalui perbahasan teknikal yang mana ia boleh diperbaiki kekurangannya bertepatan dengan sifat sebuah undang-undang yang boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.” katanya.

— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s