RUU 355,! Pakatan Bantah, Bimbang Umat Islam Bersatu – Nik Abduh

Posted on

mesyuarat-raja-481x290

Usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah sedang menyatukan umat Islam negara ini.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, usaha itu telah menyebabkan PAS dan UMNO menunjukkan kesungguhan untuk menjadikan hasrat tersebut satu kenyataan.

“UMNO dan PAS saling menunjukkan kesungguhan untuk menjadikannya satu kenyataan dan menganggapnya sebagai satu langkah ke depan ke arah mengukuhkan Islam di dalam negara.

“Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam juga menyatakan sokongan yang besar,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Nik Mohamad Abduh bagaimanapun menyatakan kekesalan kerana sebahagian pihak menentang secara keras manakala sebahagian yang lain mencipta halangan dengan perbahasan-perbahasan teknikal ke atas usaha tersebut.

Kata beliau, penentangan itu menjadi hujah besar dan kekuatan kepada golongan anti Islam dan anti penyatuan umat Islam di dalam negara untuk menolak RUU355 yang akan dibentangkan nanti.

Usaha PAS untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah melalui RUU355 mendapat tentangan hebat parti-parti komponen Pakatan Harapan kerana mendakwa ia strategi PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud di Malaysia.

Pemimpin DAP mendakwa hudud yang dicadangkan PAS bercanggah dengan Perlembagaan Negara, perundangan lapuk dan ketinggalan zaman malah akan mengundang bias kepada golongan lemah terutama kaum wanita.

Bagi pemimpin Parti Amanah Negara (PAN), RUU355 yang menimbulkan banyak kekeliruan dan keresahan dalam kalangan bukan Islam di negara ini merupakan propaganda politik PAS.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menyifatkan RUU355 yang diusulkan PAS di Parlimen itu sangat membimbangkan terutama berhubung skop hukuman ke atas pesalah syariah yang perlu diambil kira dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.
– MyNewsHub

Advertisements

One thought on “RUU 355,! Pakatan Bantah, Bimbang Umat Islam Bersatu – Nik Abduh

    […] RUU 355,! Pakatan Bantah, Bimbang Umat Islam Bersatu – Nik Abduh […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s