Veteren UMNO Akhirnya “Surrender” Dari Memaki Hamun PM

Posted on

13876261_10207157490355394_9128590372667126347_n

SEORANG veteren UMNO dari Bandar Tun Razak Datuk Zaharin Mohd Yasin yang panas diperkatakan mengenai isunya memaki hamun Presiden UMNO secara terbuka hari ini telah mengaku kalah.

Baca: [Video] Zaharin Tuduh KERIS2314 Sudah Tak Sokong Najib Razak

Melalui status di Facebook miliknya, Zaharin berjanji tidak lagi menulis dan menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak di facebooknya.

Dia mengambil keputusan demikian sejuruh selepas bertemu Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pagi Isnin, 24 Oktober 2016 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Dia yang juga Ketua UMNO sebuah cawangan dalam Parlimen Bandar Tun Razak turut memohon maaf secara terbuka kepada Najib Tun Razak serta menarik balik kata-kata kesat dan mencarut yang dia sebutkan baru-baru ini.

Sejak beberapa bulan ini, Zaharin mendapat perhatian ramai pihak, khususnya dalam kalangan pengamal media sosial pro UMNO kerana sikapnya yang mengkritik dan memaki hamun kepimpinan parti dan negara.
–Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s