[Video] Zaharin Tuduh KERIS2314 Sudah Tak Sokong Najib Razak

Posted on

wp-1477230039523-1024x768

Entri terbaru dari aktivis facebook Umno Bandar Tun Razak sekali lagi memperlecehkan Presiden Umno dan mengaibkan KERIS 2314.

Entri tersebut jelas satu propaganda Zaharin bagi menunjukkan bahawa kononnya peserta alumni KERIS 2314 kini tidak lagi menyokong Najib selaku Presiden Umno.

Dipercayai entri itu ada kaitan dengan klip video dari Jakarta yang dinaikmuat oleh Zaharin dan memaki Najib dengan perkataan “Kepala butoh kau Najib Razak bantu aku.” Dalam klip tersebut jelas Zaharin sebut akan terus mem‘balun’ Najib dan beliau turut menggugut Najib agar memberhentikan khidmat JASA sebagai lidah kerajaan atau berhadapan dengan serangannya.

wp-1477229745419

Mengapa Zaharin begitu lancang? Beberapa komen dalam laman facebook milik Ketua Cawangan Umno ini turut menyatakan Zaharin sebagai ‘pemeras ugut’ kepada Menteri dan pemimpin Umno selama ini. Benarkah Zaharin punyai karektor begitu hingga turut dikenali sebagai #salambaliktiang ?

Benarkah dakwaan Zaharin terhadap peserta KERIS 2314?

wp-1477230249021

Lembaga Displin Umno sudah boleh menimbangkan beberapa perkara berkaitan kebiadapan Zaharin Yasin terhadap parti serta Presiden Umno. Tuduhan beliau bukan sedikit tetapi sangat berbahaya kepada Umno. Malah Biro Tatanegara turut difitnah Zaharin sebagai agensi yang menerapkan latihan memaki dan mencarut dalam modul latihan.

Pada penulis, tindakan Zaharin ini jelas menampakkan beliau sedang dalam proses menjadi ‘GILA’ selagi tidak berjaya mengawal serta mengepalai media maya pro Umno yang mempertahankan institusi Umno dari serangan pembangkang. Mungkin “DEDAK” yang beliau terima selama ini sudah kehabisan?

Ditambahbaik dari artikel asal oleh : yusmanzaharizakaria

Advertisements

One thought on “[Video] Zaharin Tuduh KERIS2314 Sudah Tak Sokong Najib Razak

    […] Baca: [Video] Zaharin Tuduh KERIS2314 Sudah Tak Sokong Najib Razak […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s