1MDB,! Mengapa Baru Kini Husni Buka Mulut?

Posted on

DAHULU cakap lain, sekarang lain pula. Sebelum ini kenapa semasa Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyandang Menteri Kewangan II tidak disentuhnya langsung pasal 1MDB.

Baca: Menjawab Kembali Soalan Ahmad Husni, Kenapa Kerajaan Tubuhkan 1MDB

Waktu dia meletak jawatan menteri pun, tidak dikaitkan puncanya dengan syarikat pelaburan strategik negara itu. Cuma kerana Ahmad Husni tidak mahu ditukarkan ke kementerian yang lain. Mahu di Kementerian Kewangan sahaja.

Bahkan, Ahmad Husni akur pula bahawa 1MDB suatu perniagaan besar dan “kita tidak boleh kata perniagaan itu sempurna sepenuhnya”.

“Inilah masalahnya apabila bersara, ramailah yang kata ini tentu adalah masalah.

“Dalam perniagaan, ada dua perkara penting iaitu risiko perniagaan dan risiko kewangan.

Ini bermakna sesiapa yang mengambil alih 1MDB, maka perlu lihat kedua-dua aspek ini.

Jika mereka boleh, sudah pasti tiada masalah, kata Ahmad Husni yang masih tergiang-giang di telinga pihak media Julai lalu.

Kata Ahmad Husni, hasrat meletak jawatan menteri itu telah lama difikirkannya kerana mahu memberi perkhidmatan terbaik sebagai Anggota Parlimen Tambun.

Kawasannya itu mempunyai 99,000 pengundi dan kira-kira 300,000 penduduk dengan dikatakan dia agak disenangi di sana.

“Biarlah saya duduk tenang sebab apabila saya tidak lagi dalam politik, ia sangat indah, minda saya tiada lagi gangguan, sebab dalam politik banyak gangguan.

Tetapi malangnya selepas tiga bulan, ungkapan itu bertukar 360 darjah. Semalam, masuk sahaja Parlimen, Ahmad Husni tiba-tiba mempersoalkan kewajaran menubuhkan 1MDB.

Segala berkaitan 1MDB, didakwanya, serba tidak kena.

Dalam konteks politik semasa, bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk mana-mana ahli politik bertukar arah. Berpaling tadah. Melompat parti pun ada yang bukan sekali.

Ini termasuklah Ahmad Husni. Cuma dikhuatiri dalam isu tindak tanduk terbaharu Ahmad Husni ini, wujud elemen batu api.

Peranannya ialah membakar – yang dalam amalan sebenar menghasilkan adu domba dan cucuk radak.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s