Bagaimana Keadaan Ekonomi Pulau Pinang

Posted on

liang-teck-meng1-555x290

Gerakan hari ini terus menuntut jawapan daripada badan pemikir Pulau Pinang, Institut Pulau Pinang, berhubung kedudukan ekonomi negeri itu sepanjang berada di bawah teraju DAP.

Baca: [Video] Lim Guan Eng, Ketua Menteri Berprestasi Paling Rendah Urus Ekonomi Negeri

Setiausaha Agungnya, Datuk Liang Teck Meng berkata baru-baru ini beliau telah mengemukakan 10 soalan berhubung keadaan ekonomi negeri kepada Institut Pulau Pinang khusus untuk dijawab oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Lim Kim-Hwa.

“Namun saya sangat kecewa kerana Dr Lim enggan menjawab soalan-soalan ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Keengganan untuk menjawab soalan itu telah menimbulkan spekulasi bahawa Dr Lim sebenarnya menghadapi tekanan daripada Ketua Menteri,Lim Guan Eng, katanya.

Liang sebelum ini dilaporkan beberapa kali mempersoal kedudukan ekonomi Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat dari 2008 hingga 2015 sambil merujuk kepada statistik Jabatan Perangkaan Malaysia serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Pada sidang media sama, beliau berkata Gerakan akan menganjurkan Forum Awam Pasca Bajet 2017, Jumaat ini, bagi membincangkan intipati Bajet 2017 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, minggu lepas.
— Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s