Gejala Dadah,! Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Pelajar Semakin Serius – TPM

Posted on

51468855587_ahmadzahidhamidi

KUALA LUMPUR: Penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan pelajar di negara ini makin serius.Baca: Musuh Negara,! Remaja Dan Dadah, Peningkatan Penagih Membimbangkan

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hasil daripada kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini, kira-kira empat peratus daripada lebih 30,000 pelajar didapati positif dadah.

Ia melibatkan kira-kira 1,437 pelajar daripada tingkatan satu hingga enam.

Kedah mencatatkan penyalahgunaan tertinggi melibatkan pelajar iaitu seramai 234 orang, diikuti Kelantan 197 pelajar dan Perak 180 orang.

“Saya ingin menegaskan bahawa masyarakat keseluruhannya dan ibu bapa khususnya jangan hanya bergantung kepada agensi penguatkusaan dan pemulihan untuk membantu pelajar supaya jangan terlibat dengan dadah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah di sini, hari ini.

Ujar beliau lagi, lebih membimbangkan apabila kebanyakan daripada pengguna dadah didapati menggunakan dadah sintetik.

“Kita lihat yang menggunakan dadah jenis methamphetamine adalah kira-kira 74 peratus, manakala 20 peratus lagi menggunakan dadah jenis kanabis dan lain-lain. Ini bererti lebih 70 peratus adalah pengguna dadah sintetik. Ini cukup bahaya,” katanya.

— Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s