Kebakaran HSA,! TPM Ahmad Zahid Gesa Satu Lembaga Siasatan Ditubuhkan #PrayForHSA

Posted on

41477384098_hospitalsultanaminah

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu satu lembaga siasatan ditubuhkan berhubung tragedi kebakaran di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, pagi tadi.

Baca: Kebakaran HSA,! TPM Ahmad Zahid Lawat Keluarga Mangsa

Beliau turut mengarahkan setiap hospital dan klinik kerajaan mempunyai laporan keselamatan dan kesihatan terutama berkait aspek keselamatan dan penyelenggaraan bangunan.

“Saya rasa dukacita atas tragedi kebakaran di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang berlaku pagi tadi.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan akan memastikan setiap bantuan dan keperluan kepada keluarga mangsa disegerakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yakin Kementerian Kesihatan dan pihak yang berwajib sudah mengambil langkah tertentu dalam mengenal pasti punca kejadian.

“Apa yang penting sekarang adalah keselamatan pesakit lain, kakitangan hospital serta bahagian bangunan yang lain berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas.

“Ini termasuk laluan keselamatan dan lokasi berkumpul yang mudah diakses ke tempat lebih selamat dengan kadar segera kerana Prosedur Operasi Standart (SOP) Kecemasan sewajibnya diaplikasikan sebagai persediaan kesiapsiagaan,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s