Kerjasama Mahathir, Muhyiddin Dengan Dap Hanya Kerana Nafsu Peribadi

Posted on

71457081654_deklarasi

PULAU PINANG, 21 Okt – Bekas Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Razali Abdul Rahman melahirkan rasa terkejut dengan tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang sanggup menjalinkan kerjasama dengan parti Dap yang satu ketika dulu pernah beliau sifatkan sebagai sebuah parti politik yang paling rasis dan cauvnis di negara ini.
Menurut Razali, beliau melihat tindakan Tun Mahathir itu tidak lain tidak bukan hanyalah semata-mata kerana agenda politik peribadi beliau sehingga sanggup menjalinkan kerjasama dengan parti yang terkenal dengan ideologi perkauman yang menebal di kalangan kepimpinannya.

“Saya rasa terkejut apabila  Tun Mahathir sanggup bekerjasama dengan sebuah parti yang terang-terang menentang agenda Melayu dan Islam semata-mata kerana kepentingan politik peribadi beliau. Tun Mahathir sebelum ini pun pernah mengutuk Dap, terutama penasihat parti tersebut, Lim Kit Siang dengan mengatakan bahawa pemimpin veteran Dap itu merupakan seorang ahli politik yang rasis.

“Tetapi saya agak kesal kerana kepentingan politik peribadi, Tun Mahathir sanggup untuk duduk sekali dengan parti dan pemimpin yang pernah dikutuknya ketika beliau memegang kuasa sebagai Perdana Menteri dan presiden UMNO.

“Saya tidak pasti apa yang ada dalam fikiran Tun Mahathir tetapi apabila beliau bekerjasama dengan puak-puak ini dan saya merasa sungguh pelik dengan tindakan Tun ini. Begitu juga dengan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muyhiddin Yassin.

“Dulu Tan Sri Muhyiddin ada seorang pemimpin yang boleh dianggap sebagai ultra Malay sama seperti Tun Mahathir, tetapi sekarang apa yang dilakukannya itu bercanggah dengan segala yang pernah dikatakanya sebelum ini,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau, tindakan yang dilakukan oleh kedua-dua bekas pemimpin UMNO ini amat jelas ianya semata-mata kerana kepentingan politik peribadi masing-masing.

“Saya masih ingat lagi satu ketika dulu ketika saya bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin, beliau pernah memberitahu kepada saya bahawa Dap merupakan sebuah parti yang rasis, tetapi saya tidak sangka hari ini beliau boleh duduk sekali menjalinkan kerjasama dengan puak-puak ini demi untuk menjatuhkan UMNO dan kerajaan.

“Bukan sekadar duduk sekali dengan parti yang pernah dikatakannya sebagai rasis, malah beliau juga bertindak membuka sebuah lagi parti baru yang bagi saya hanya memecah belahkan lagi orang-orang Melayu di negara ini. Sudahlah bangsa Melayu hari ini berpecah empat, kini ditambah satu lagi dengan kemunculan parti baru beliau.

“Saya merasa cukup sedih dengan perkembangan ini apabila Tan Sri Muhyiddin hari ini menjadi salah seorang pemimpin yang  menjadi penyebab kepada perpecahan bangsa Melayu dalam politik negara hari ini,”jelasnya lagi.

279-kerjasama-mahathi-r-muhyiddin-bersama-dap

Beliau juga menyifatkan bekas-bekas pemimpin UMNO yang menubuhkan parti baru dan bekerjasama dengan pihak pembangkang khususnya Dap adalah terdiri daripada golongan orang-orang yang kecewa.

“Saya percaya apa tindakan yang diambil oleh bekas pemimpin UMNO ini didasari oleh perasaan dendam terhadap kepimpinan UMNO yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Jadi untuk melunaskan dendam mereka terhadap UMNO, maka oleh sebab itu mereka secara teranfg-terang sanggup bergabung dengan Dap.

“Mungkin mereka berpegang kepada falsafah di dalam politik tidak ada kawan atau lawan yang kekal, tetapi mungkin Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin lupa, bahawa tindakan mereka itu hanya akan memecah belahkan dan menghancurkan kekuatan dan perpaduan bangsa Melayu di negara ini,”tegasnya.

Beliau seterusnya menasihati rakyat, khususnya bangsa Melayu agar tidak tertipu dengan permainan politik licik pemimpin-pemimpin Dap yang berusaha untuk mendapatkan sokongan di kalangan bangsa Melayu di negara ini.

“Mereka ini bagi saya cuma hanya manis dibibir sahaja dan hanya indah khabar dari rupa. Mereka akan melontarkan pelbagai janji untuk mendapatkan pengaruh di kalangan orang Melayu di negara ini, tetapi apabila mereka mendapat kuasa, mereka akan pinggirkan kita,

“Jadi bagi saya, orang Melayu  cuma ada dua pilihan sahaja dalam senario politik negara hari ini , sama ada kita mahu untuk terus memerintah ataupun kita akan diperintah oleh orang lain satu hari nanti,” akhiri beliau.

–MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s