Menteri Kesihatan Lahir Simpati Kebakaran Di ICU HSA

Posted on

subra_hsa

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam melahirkan rasa simpati terhadap mangsa kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru pagi tadi.

Baca: Siasatan Terperinci Untuk Kenal Pasti Punca Kebakaran Di HSA – Najib

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Subramaniam turut memaklumkan pihaknya bersedia untuk bekerjasama bagi memastikan keadaan terkawal selain mengenalpasti punca kejadian.

“Kementerian Kesihatan telah mengambil semua tindakan menyelamat perlu dan langkah berjaga-jaga untuk melindungi yang lain daripada pesakit dan kakitangan, termasuk memindahkan mereka untuk memastikan keselamatan mereka.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan semua agensi yang berkaitan bekerjasama untuk memastikan keadaan terkawal,” katanya.

Dalam kejadian pagi tadi, enam orang telah disahkan maut.

Mangsa terdiri daripada dikatakan pesakit-pesakit yang sedang berada di unit berkenaan serta seorang staf hospital.

Empat daripadanya wanita dan dua lelaki.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s