Nasi Lemak Anak Dara,! Antara Sentuhan Najib Dan Azmin

Posted on

siti_hajjar_ahmad_3_0410s_620_413_100

Secara tiba-tiba, seluruh negara bagaikan dipukau oleh kehebatan nama “Nasi Lemak Anak Dara” yang hangat menjadi viral di laman-laman sosial sejak akhir-akhir ini. Semuanya bermula dengan sekeping gambar yang menjadi viral dilaman sosial Facebook yang menunjukkan seorang graduan, Siti Hajjar yang berniaga disebuah gerai di Shah Alam dengan menggunakan nama Nasi Lemak Anak Dara.

Baca: Update [Video] Tidak Usah Bermimpi, Pemilik “Nasi Lemak Anak Dara” Sudah Berpunya!

Keesokan harinya, gerainya dikunjungi oleh tetamu yang tidak diundang, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang mengenakan saman terhadapnya atas kesalahan gagal mengemukakan lesen dan permit perniagaan yang sah. Menariknya, gambar dia disaman, turut tersebar dan telah menjadi viral di laman sosial.

hajjar1_0610_620_413_100-555x290

Prihatin atas nasib anak dara ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali turun padang untuk mendengar sendiri keluh kesah Siti Hajjar dan seterusnya menyerahkan borang permohonan untuk mendapatkan permit berniaga secara sah dari MBSA. Dikhabarkan, saman terhadapnya digugurkan dan menariknya, kemunculan Azmin ini ditengah-tengah kemarahan rakyat Selangor berhubung isu air.

Impak dari kunjungan VVIP ini, perniagaannya semakin laris dan dia pernah memberitahu kepada wartawan yang berkunjung ke gerainya, dia dapat menjual sehingga 100 bungkus nasi lemak setiap pagi hasil dari kunjungan Azmin ini.

Jumaat lalu, semasa pembentangan bajet 2017, Datuk Seri Mohd Najib ada menyebut tentang nasib yang menimpa Siti Hajjar yang mendapat perhatian berlebihan Azmin berbanding isu air yang membelenggu rakyat negeri Selangor. Azmin dalam reaksi segeranya pantas menempelak kenyataan Datuk Seri Mohd Najib yang beliau sifatkan sebagai satu provokasi terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

Sebaik sahaja nama gerainya disebut oleh Perdana Menteri, tanpa disangka-sangka, gerainya menjadi sebutan ramai sehingga Siti Hajjar terpaksa menyediakan lebih 1,000 bungkus setiap hari sejak nama gerainya disebut oleh Perdana Menteri. Hal ini diakui sendiri oleh Siti Hajjar sewaktu ditemuramah wartawan di gerainya, baru-baru ini.

Lihat sahaja aura yang ada kepada Datuk Seri Mohd Najib. Baru sahaja menyebut nama gerainya, secara tiba-tiba jualan Nasi Lemaknya meningkat dengan mendadak. Bayangkan, jika Perdana Menteri mengunjungi gerainya, mungkin Siti Hajjar boleh memikirkan untuk menyewa satu premis yang menyediakan Nasi Lemak sahaja kerana impaknya pasti akan berkali-kali ganda.
— Tv14

Advertisements

2 thoughts on “Nasi Lemak Anak Dara,! Antara Sentuhan Najib Dan Azmin

    […] terpanggil nak menulis sejak memerhati fenomena Nasi Lemak Anak Dara menjadi ‘viral’ satu Malaysia baru-baru ni. Rezeki Siti Hajjar Ahmad serta rupa dan bakat yang […]

    Like

    […] Nor Sabirah berkata, dia sama sekali tidak berniat me­numpang populariti peng­usaha ‘Nasi Lemak Anak Dara’ tetapi apabila kisah dia berniaga sarapan nasi berlauk dengan lebih 12 lauk sehari dikongsikan […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s