Projek ‘Mobilepreneur’ Terima Permohonan Melebihi Sasaran – Ismail Sabri

Posted on

KUALA LUMPUR – Walaupun mensasarkan seramai 500 orang belia, namun Projek Usahawan Bergerak (Mobilepreneur) yang dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara ini telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan dan melebihi sasaran.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, projek kelolaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ini mendapat peruntukan sebanyak RM5 juta pada 2016 dengan pemberian bantuan berupa motosikal Mobilepreneur kepada golongan belia.

“Susulan pengumuman pelaksana program Mobilepreneur pada Mei 2016, KKLW telah melaksanakan pelbagai program promosi bagi menarik golongan media untuk menyertai program ini.

“Saya sendiri telah membuat temu bual dalam program televisyen, liputan dalam media cetak seperti surat khabar serta ianya juga diwar-warkan dalam laman web KKLW. Borang permohonan Mobilepreneur juga boleh diakses secara online daripada laman web KKLW,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan oleh Ahli Parlimen Sekijang Tuan Anuar Abd Manap berkenaan tahap penyertaan golongan belia terhadap program perniagaan Mobilepreneur serta usaha mempromosi bagi menarik ramai golongan belia menyertai program tersebut.

Tambah Ismail Sabri, dengan peruntukan sebanyak RM30 juta seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2017 tempoh hari, ia akan memanfaatkan lebih 3,000 belia di seluruh negara, sekaligus melangkaui sasaran asal KKLW iaitu seramai 2,500 usahawan Mobilepreneur sehingga 2020.

“Setakat ini, program Mobilepreneur dilaksanakan melalui pemberian pakej lengkap dengan motosikal, peralatan dan kursus keusahawanan bagi memudahkan golongan belia melaksanakan perniagaan masing-masing.

“Ini kerana pemberian pakej lengkap adalah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan dan pemantauan. Setakat ini, bantuan kewangan bagi peserta membuat pengubahsuaian sendiri tidak dicadang untuk diberikan di bawah program ini,” katanya.

Untuk rekod, program Mobilepreneur merupakan program yang memberi peluang kepada golongan belia Malaysia yang tergolong daripada Ahli Isi Rumah Miskin Tegar, Miskin dan Berpendapatan rendah yang menunjukkan kecenderungan, minat serta kesungguhan untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya dan sumber pendapatan mereka.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s