Sekali Lagi Rafizi Bergurau – Kutipan GST Di Cerita Dengan Penuh Kekeliruan

Posted on

maxresdefault

Kesian juga kita melihat Rafizi Ramli bila dia berhujah di Parlimen berkenaan Bajet 2017 sebentar tadi.

Cara dia mengira seolah olah kutipan GST itu satu dosa dan sambil itu dia terlupa dulu pun kerajaan kutip cukai dalam sistem lama bernama SST.

Kutipan ketika implementasi nya belum ada FB dan Media sosial.

Cara Rafizi hujah cerita semacam konon nya dulu kerajaan tidak kutip cukai baru hari ini kutip cukai bernama GST.

Rafizi juga terlupa bahawa Taiko nya “Anwar” juga akan kutip GST juga jika berpeluang  memerintah,

Satu dunia sudah tukar kepada sistem cukai baru bernama GST, kerana sudah ada hampir 160 lebih negara mengamal cara ini, dan paling menonjol adalah Malaysia yang mengutip nya dengan jumlah yang sangat rendah ia itu 6% sahaja.

India juga akan mula mengutip cukai cara GST mengikuti cara negara lain yang sudah melaksana kan nya, mereka sudah bincangkan  nya sejak bulan August laku, tidak mahu ketinggalan.

http://economictimes.indiatimes.com/markets/stocks/news/gst-will-change-the-way-india-does-business-who-will-win-who-will-lose/articleshow/53517955.cms

Individu seperti Rafizi ini apabila berhujah dia tahu golongan kurang arif akan terlihat dia sebagai hero kerana Media coverage dan juga liputan TV.

Apakah Rafizi bukan bergurau kali ini?

Rafizi pernah mengheret ramai rakyat beragama Islam untuk menempah api neraka ketika fitnah cincin Rosmah nya berleluasa satu masa dulu.

Jika kita lihat pada profil individu yang berkongsi kisah fitnah cincin itu kita boleh lihat ramai juga kalangan yang mengambil gambar di Mekah dan Madinah mengerjakan Haji dan Umrah.

Mereka ini semua akhir nya tersadai dengan jawapan Rafizi berkenaan fitnah nya di mahkamah ia itu “Saya hanya bergurau”.

Setelah umat Islam ramai membantu sebarkan fitnah termasuk para haji dan hajjah, akhir nya haji dan hajjah itu semua berkongsi saham neraka, Sia sia lah gambar mereka berbangga mengerja kan haji dan umrah jika mereka menjadi pihak menyebar fitnah terangan hasil dari mainan gurauan Rafizi.

Sama ada mereka yang berbangga mengerjakan Haji dan Umrah ini sudah mohon maaf dan ampun kepada puan punya badan akibat berkongsi saham neraka menyebarkan fitnah cincin Rosmah kita pun tidak tahu.

Kembali kepada Rafizi, cara Rafizi membuat komen kutipan GST ringgit per ringgit, ia mengambarkan kejahilan Rafizi. Atau mungkin Rafizi tidak jahil tetapi bertujuan mengelirukan.

Jika kerajaan kutip RM39 billion maka BRIM juga kena di beri dengan jumlah yang sama  (equivalent). Rafizi ketika berhujah mengira jumlah di beri sebagai BRIM tidak sama dengan jumlah kutipan GST.

Kutipan di kira Rafizi konon nya tidak seimbang dengan “household” spent.

Apa bodoh nya Rafizi, gaji Ahli parlimen yang Rafizi nikmati hendak di bayar dengan apa? Jika semua di beri ringgit per ringgit kepada penerima BRIM?

Rafizi sangat mengharap si jahil akan mengiyakan sahaja.

Tentu sekali si jahil akan terus angguk tanpa berfikir BRIM itu hanya berfungsi sebagai membantu kurangkan beban, bukan menyelesaikan masalah rakyat seluruh nya.

3 negeri Pakatan Rakyat pun tidak mampu membantu rakyat negeri, dan rakyat negeri terus mengharap kan kerajaan Pusat sebagai “saviour” mereka.

Ketika kerajaan mengamalkan kutipan cukai melalui sistem cukai SST, pernah ke kerajaan dulu pulang kan kepada rakyat seperti hari ini dengan cara kepimpinan DS Najib lakukan?

Kemana pergi kutipan cukai SST adakah Rafizi rajin bertanya? Malah kutipan nya lebih tinggi lagi ia itu 16%.

Rakyat duduk minum di restoren sahaja sudah kena macam macam tanpa di sedari.

Atau atas sebab Rafizi masih kecil dan belum berakal , maka tidak pernah dapat bertanya lagi.

Rafizi terlupa, jumlah kutipan cukai GST di “distributed” kepada rakyat lain yang tidak menerima BRIM melalui pelbagai insentif lain.

Ubat ubatan, perkhidmatan, peningkatan pengangkutan, pelajaran semua mengunakan kutipan cukai GST, bukan untuk bayar BRIM sahaja.

Selain itu administrative cost menampung 1 juta lebih gaji kakitangan kerajaan termasuk tentera dan Polis, nurse, doktor, dan lain lain, juga dengan hasil yang sama.

Itu belum lagi “maintain” perbelanjaan hospital dan kenderaan kerajaan dan macam macam lagi.

Tetapi Rafizi dalam satu pengakuan video nya sudah pun menjelaskan, kerja dia mengacau kerajaan, kerajaan lah kena pandai jawap, dan kalau dia tahu ada penyelewengan dari pihak parti dan komponen nya, dia hanya perlu diam sahaja kata nya.

Itu kerja lawan lah untuk sebarkan, kata Rafizi. Bermakna sangat lah bukan kebenaran tetapi politik itu lah pendirian Rafizi.

Selain persoal kutipan GST dan pemberian BRIM Rafizi juga sempat memerli konon nya Jabatan Perdana Menteri antara yang terbanyak guna wang rakyat.

Rafizi terlupa Jabatan Perdana menteri ada banyak Jabatan dan beberapa menteri jika di pisahkan dari Jabatan Perdana Menteri, pun akan sama juga kos nya cuma sudah bukan atas nama JPM sahaja.

Akhir  sekali yang popular ada lah Rafizi kerana terlihat sebagai hero.

Walaupun Rafizi alami “trust deficit” kerana kewibawaan nya telah hancur kerana asik memohon maaf sahaja selepas buat tembakan, namun tentu pasaran “fitnah” dan kisah “sensasi” masih ada pembeli nya.

Kerajaan PKR nya di Selangor tidak pun berlaku sebagai hero selain meroboh gerai dan kedai milik pengundi nya sendiri.

Apa guna bangga dengan kerajaan yang hanya pandai cari alasan seperti “sabotaj” di mana tuduhan hal air itu kelihatan sebagai “stage” sahaja berkemungkinan Azmin mencari “scapegoat” untuk melepaskan batang tengkok.

Apa guna kerajaan PKR Selangor membazir wang mahu cat pintu gerbang dengan kos tinggi sedang punggung warga Selangor tidak bercebuk kerana ketiadaan air.

Hentikan lah “gurauan” kamu Rafizi, rakyat sudah beri amaran pada 2 PRK lalu, moga ia menjadi pedoman.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s