Siasatan Terperinci Untuk Kenal Pasti Punca Kebakaran Di HSA – Najib

Posted on

81477364491_freesize

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Kerajaan akan melakukan siasatan terperinci secepat mungkin untuk mengenal pasti punca kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru hari ini, kata Perdana Menteri.Baca: Wad ICU Hospital Sultanah Aminah Terbakar, 6 Meninggal Dunia

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga akan meningkatkan tahap keselamatan di hospital berkenaan.

“Sedih menerima berita ada yang terkorban dalam kejadian kebakaran. Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kebakaran Hospital Sultanah Aminah,” katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitternya.

Najib juga memaklumkan bahawa polis, Kementerian Kesihatan dan bomba sedang menguruskan keadaan di tempat kejadian.

Enam pesakit maut dalam kebakaran yang berlaku sejurus sebelum 9 pagi ini di tingkat dua wad ICU selatan HSA.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Othman Abdullah berkata 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA selepas panggilan kecemasan diterima.

Advertisements

2 thoughts on “Siasatan Terperinci Untuk Kenal Pasti Punca Kebakaran Di HSA – Najib

    […] Baca: Siasatan Terperinci Untuk Kenal Pasti Punca Kebakaran Di HSA – Najib […]

    Like

    […] Baca: Siasatan Terperinci Untuk Kenal Pasti Punca Kebakaran Di HSA – Najib […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s