Sultan Johor Perkenan Guna Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah

Posted on

51477385762_sultanjohor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menitahkan Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) dibuka sementara bagi menempatkan pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU).Baca: Wad ICU Hospital Sultanah Aminah Terbakar, 6 Meninggal Dunia

Baca: Siasatan Terperinci Untuk Kenal Pasti Punca Kebakaran Di HSA – Najib

Perkara itu disahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, selepas sesi taklimat bersama Sultan Ibrahim yang berkenan melawat lokasi kejadian di sini hari ini.

“Tuanku benarkan buat sementara untuk mengunakan Royal Ward (Wad DiRaja) yang lama sebagai tempat utk pesakit ICU digunakan. Tuanku juga mengambil berat dan minta laporan penuh dan mahu supaya usaha membaik pulih kawasan tersebut dilakukan dengan segera,” kata Mohamed Khaled.

Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli ke HAS bagi mengikuti perkembangan terkini insiden kebakaran kira-kira 10 minit di Wad ICU, sayap selatan bangunan induk hospital tersebut.

41477364114_hospitalsultanamin

Sementara itu, Mohamed Khaled turut merakamkan rasa dukacita dan takziah buat keluarga terlibat dan kerajaan dan memberi jaminan pertolongan dari kerajaan negeri keluarga waris yang terkorban.

Majlis Agama Islam Johor akan menyalurkan bantuan RM100,000 buat semua keluarga mangsa.

Dalam kejadian 8.55 pagi tadi, enam pesakit terkorban selepas wad ICU hospital terbabit dijilat api.

Punca kebakaran masih disiasat.
— Astro Awani

Advertisements

One thought on “Sultan Johor Perkenan Guna Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah

    […] Baca: Sultan Johor Perkenan Guna Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s