Wad ICU Hospital Sultanah Aminah Terbakar, 6 Meninggal Dunia

Posted on

41477364114_hospitalsultanamin

KUALA LUMPUR – Enam orang disahkan maut dalam insiden kebakaran pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru pagi ini.
Mangsa terdiri daripada dikatakan pesakit-pesakit yang sedang berada di unit berkenaan serta seorang staf hospital.

Empat daripadanya wanita dan dua lelaki.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Sulaiman Salleh mengesahkan kejadian berlaku di tingkat dua bangunan utama hospital berkenaan.

Usaha menyelamat sedang giat dijalankan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

71477364560_freesize

“Kami sedang berusaha mengeluarkan semua asap dari bangunan itu dan sebaik sahaja ia diselesaikan barulah pihak berkuasa akan dapat mengetahui jumlah sebenar mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi dan kesemua pesakit dibawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan.

Difahamkan ia turut melibatkan pesakit daripada wad bersalin, termasuk beberapa pesakit yang baru sahaja melahirkan anak telah dipindahkan dengan selamat.

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan, Datuk Dr Noorhisham Abdullah berkata pihaknya sedang menunggu pengesahan laporan awal mengatakan tujuh pesakit di wad ICU maut akibat kebakaran itu.

“Saya difahamkan tujuh pesakit di wad ICU meninggal dunia kerana terperangkap dan lemas, 13 kakitangan cedera termasuk tiga parah.

“Kita akan siasat punca kebakaran. Masih terlalu awal untuk mengesahkan apa-apa setakat ini.

“Bangunan hospital itu bangunan lama, kita tidak tahu lagi apa punca sebenar,” katanya kepada wartawan sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Dadah (JKMD) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen, Kuala Lumpur.

81477364491_freesize

Sementera itu, turut mengulas kejadian tersebut, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata beliau akan terus mengadakan lawatan ke hospital berkenaan dengan segera.

“Memang kita tengah menunggu maklumat, saya akan pergi melawat, kebakaran berlaku di ICU, maklumat tepat saya belum dapat lagi,” kata Hilmi ketika menjawab soalan lisan di Parlimen pada Selasa.

Advertisements

2 thoughts on “Wad ICU Hospital Sultanah Aminah Terbakar, 6 Meninggal Dunia

    […] KUALA LUMPUR, 25 Okt – Kerajaan akan melakukan siasatan terperinci secepat mungkin untuk mengenal pasti punca kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru hari ini, kata Perdana Menteri.Baca: Wad ICU Hospital Sultanah Aminah Terbakar, 6 Meninggal Dunia […]

    Like

    […] JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menitahkan Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) dibuka sementara bagi menempatkan pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU).Baca: Wad ICU Hospital Sultanah Aminah Terbakar, 6 Meninggal Dunia […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s