[Video] Krisis Air Selangor,! Khalid Ibrahim Nasihat Azmin Jangan Tuding Jari

Posted on

loji-rawatan-air-semenyih-555x290

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan kerajaan negeri agar kurangkan ‘perbalahan’ dan selesaikan segera masalah air di negeri berkenaan.

Menurut Khalid, tindakan menuding jari antara satu sama lain tidak akan menyelesaikan isu air di Selangor.

“Buat masa ini, tidak payahlah bergaduh soal siapa yang buat siapa yang tidak, yang paling penting menentukan pengurusan yang rapi supaya ini tidak berlaku, apa yang berlaku ini perlu cepat diselesaikan supaya masyarakat dapat air yang bersih.

“Perbalahan tuding-menuding itu boleh diselesaikan kemudian, itu perkara kedua yang penting rakyat mahukan air dengan segera.

“Kalau sibuk tentang tuduhan sabotaj tidak guna, yang penting tumpukan usaha supaya dapat menyelesaikan masalah air,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, masalah pencemaran air di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih baru-baru ini juga adalah isu berulang yang pernah terjadi ketika pentadbirannya di negeri itu.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya pengurusan air dapat dibuat dengan cekap agar masalah sama tidak berlaku.

“Pada saya yang penting adalah supaya kita dapat uruskan pengeluaran air dengan cekap dan berkesan, jadi masalah perkara bau busuk itu bukan satu perkara yang baru, masa saya jadi menteri besar pun ada,” katanya.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sebelum ini mendakwa terdapat bukti mengenai pencemaran air di Sungai Semenyih disabotaj oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk melemahkan kerajaan negeri memandangkan pilihan raya sudah hampir.

Pengerusi BN Selangor, Noh Omar bagaimanapun mencabar Azmin membuat laporan polis ekoran dakwaannya itu.

Mohamed Azmin kemudiannya berkata laporan polis telah dibuat Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi menyiasat pencemaran sungai berkenaan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan terbarunya sebelum ini, berkata hasil siasatan awal Jabatan Alam Sekitar tidak menemui sebarang unsur sabotaj yang mengakibatkan berlakunya pencemaran di sungai terbabit.
— Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s