[Video] Tragedi HSA,! Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kebakaran Wad Kecemasan HSA Ditubuhkan #PrayForHSA

Posted on

61477476845_950x600

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menceritakan secara terperinci berkenaan kejadian kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dalam sidang Dewan Rakyat dan memberitahu punca insiden tersebut masih belum ditentukan malah siasatan oleh pasukan bomba dan penyelamat masih berjalan.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, pelan kontigensi telah dimulakan dan pesakit dari HSA telah dipindahkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan perasaan simpati terhadap enam keluarga pesakit yang menjadi korban dalam kejadian menyayat hati itu.

“Bagi Kementerian Kesihatan Malaysia, kejadian ini merupakan satu peristiwa yang amat menyedihkan.

“Saya telah bertemu dengan ahli-ahli keluarga untuk menzahirkan perasaan simpati dan untuk mengucapkan takziah atas kemalangan jiwa yang telah berlaku ini. Sesungguhnya doa serta ingatan kami adalah bersama mereka dan diharapkan mereka diberi kekuatan untuk melalui saat dan detik suram ini,” ujarnya.

Subramaniam berkata demikian dalam satu ucapan penangguhan yang dibuat berkenaan kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut memuji tindakan berani dua orang jururawat dan seorang pelajar fisioterapi yang telah mencuba sedaya upaya untuk memindahkan pesakit ke kawasan pengudaraan yang baik walaupun ia berisiko sebagai sangat membanggakan.

“Percubaan dan keberanian mereka untuk bertindak menyelamatkan pesakit-pesakit tersebut walaupun ternyata membawa risiko kepada diri mereka sendiri demi keselamatan pesakit adalah sangat murni dan amat dihargai.

“Namun ketiga-tiga mereka mengalami kecederaan paru-paru akibat terhidu asap tebal dan kini memerlukan bantuan pernafasan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Hospital Sultan Ismail,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan Malaysia bersama agensi pelaksana seperti Jabatan Kerja Raya dan pihak Perunding sememangnya memberi keutamaan yang tinggi kepada aspek keselamatan di samping memastikan ianya dapat berfungsi mengikut keperluan perkhidmatan.

Jelasnya, sebelum memasuki proses pembinaan, rekabentuk bangunan hospital perlu mematuhi sepenuhnya ketetapan pihak berkuasa yang berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta lain-lain keperluan seperti yang termaktub di dalam Universal Building By Law (UBBL).

“Begitu juga dengan sistem-sistem yang dipasang di dalam hospital adalah merupakan sistem yang telah mendapat pensijilan dari aspek fungsi dan keselamatan, sama ada mengikut standard tempatan mahupun antarabangsa. Ini termasuklah sistem berkaitan seperti sistem mekanikal dan elektrikal.

“Kementerian Kesihatan Malaysia hanya akan mengambil alih bangunan untuk dioperasikan apabila ianya diperakukan siap sepenuhnya termasuk proses Pengujian dan Pentauliahan telah disempurnakan (Testing and Commisioning, T&C), dan mendapat Sijil Layak Menduduki. Selanjutnya, semasa pengoperasian penyelenggaraan berkala akan dilaksanakan,” tambahnya.

Subramaniam turut berkata, pihaknya telah mencadang dan mengarahkan agar satu Jawatankuasa Khas Siasatan Bebas dapat ditubuhkan untuk menjalankan satu siasatan mendalam dan terperinci mengenai kejadian ini bagi mendapatkan petunjuk dan membuat penambahbaikan terhadap sistem keselamatan di hospital sekaligus memantapkan kaedah pemantauan secara berkala bagi meningkatkan tahap keselamatan bagi pesakit dan warga kerja di hospital.

Selain itu, tambah beliau, KKM juga akan menjalankan pengauditan kesiapsiagaan kebakaran kepada semua hospital-hospital di bawah kelolaannya secara berperingkat, bermula dengan hospital-hospital yang lama usianya sebagai usaha mengelakkan daripada kejadian kebakaran sebegini berlaku lagi.

Terdahulu, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru gempar susulan kebakaran membabitkan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di tingkat dua bangunan utama hospital berkenaan pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, kesemua pesakit di bangunan berkenaan dibawa keluar oleh jururawat dan kakitangan hospital ke kawasan yang selamat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s