Kes Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang Helah Untuk Menghidupkan Arab Spring Di Malaysia?

Posted on

bershit5

Kelmarin, negara dikejutkan dengan tindakan nekad seorang penjual rokok seludup, Mohd Shukri Saad yang bertindak terjun daripada Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Pulau Pinang Kedua). Semuanya gara-gara tekanan perasaan kononnya dia bakal didakwa di mahkamah atas tuduhan menjual rokok seludup dan berhadapan dengan hukuman penjara jika sabit kesalahan.

Baca: Tertekan Dan Marah Dengan Kerajaan, Lelaki Dikhuatiri Terjun Jambatan Pulau Pinang

Namun, apa yang ingin di bicarakan bagaimana tindakan Shukri yang kononnya tertekan akibat pendakwaannya, masih sempat menulis status dilaman sosial kononnya hidupnya tertekan angkara desakan hidup serta polisi yang diamalkan kerajaan sehingga menyebabkan dia mengambil tindakan nekad untuk membunuh diri.

Bagi sesetengah pihak, mungkin akan timbul rasa simpati terhadapnya, namun hakikat sebenar yang cuba dimainkan oleh Shukri adalah, dia cuma mengikut jejak langkah Mohamed Bouazizi, seorang pemuda yang telah membakar dirinya sebagai protes terhadap tindakan kerajaan Tunisia yang menekan rakyat dengan cukai yang tidak masuk akal.

Modus operandinya sama, Bouazizi sebelum mengambil tindakan nekadnya telah meninggalkan satu nota dimana dia akan melakukan satu tindakan nekad yang boleh menyebabkan kerajaan Tunisia tumbang. Hasilnya, sebaik sahaja Bouazizi membakar dirinya, kerajaan Tunisia benar-benar tumbang. Ini diikuti oleh Mesir, Libya dan Syria dimana negara berkenaan masih dalam tempoh berperang untuk tahun kelima.

Mungkin agak keterlaluan untuk mengaitkan modus operandi Shukri dengan apa yang dilakukan oleh Bouazizi. Namun, sehelai surat wasiatnya menggambarkan apa yang dilakukan olehnya hasil daripada tekanan hidupnya akibat dasar-dasar yang telah dibuat oleh kerajaan. Disinilah titik persamaan antara kedua-dua kejadian berkenaan.

Mungkin sahaja Shukri tidak bercadang untuk melihat negara mengikut jejak langkah Arab Spring. Namun, jika ada pihak yang cuba membesarkan isu “pengorbanan” Shukri, bukan satu perkara mustahil, apa yang berlaku di bumi Arab ini bakal menjangkiti negara. Ditambah pula dengan siri hasutan Gerakan BERSIH, semua faktor ini boleh mendorong kepada kebangkitan pembangkang untuk terus menghasut kebencian terhadap kerajaan.

Shukri bukan Bouazizi yang memilih mengorbankan diri untuk mewujudkan satu situasi yang tidak aman. Situasi yang dihadapi Bouazizi nyata jauh berbeza dengan apa yang dialami oleh Shukri. Bouazizi berkorban kerana nasib golongan bawahan di Tunisia terus ditekan oleh pemerintah sehingga menyaksikan kenderaan mengangkut sayurnya disita oleh kerajaan Tunisia.

Manakala Shukri pula menghadapi tekanan akibat daripada sikapnya sendiri yang menjual benda yang telah dilarang oleh kerajaan. Malah, apa yang dilakukan kerajaan hari ini nyata membela nasib golongan bawahan dengan pelbagai inisiatif berkesan untuk dinikmati oleh golongan rakyat yang kurang berkemampuan walaupun situasi ekonomi semasa yang cukup menekan.

Usah mudah terpedaya dengan pelbagai dakyah yang cuba menghasut minda rakyat Malaysia. Harus diingat, walau seteruk mana kita mengalami tekanan, kepada Allah kita merujuk dan keepada Allah kita berserah. Usah mudah terpengaruh dengan fiksyen luar hanya kerana mahu memastikan sesuatu yang dibenci berkubur dengan pengorbanan sia-sia seperti yang dilakukan oleh Shukri ini.
— Pru14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s