Pandikar Tegur Husni, Muhyiddin Langgar Sumpah Kerahsiaan Menteri

Posted on

speaker

KUALA LUMPUR -Dua orang bekas ahli Kabinet diberi peringatan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia apabila melanggar sumpah kerahsiaan serta mendedahkan rahsia kerajaan semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Pandikar yang merujuk kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yasin serta Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sumpah rahsia yang dilafazkan oleh kedua bekas menteri itu menuntut supaya kedua-dua mereka untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat yang diperoleh semasa masih menjadi menteri.

“Kalau informasi yang kita dapat itu adalah informasi yang kita dapat sewaktu kita masih memegang jawatan, bermakna kita telah melanggar sumpah kita. Dan ada akta-akta tertentu di Parlimen termasuk Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan.

“Jadi saya ingin nasihatkan kepada semua Ahli Parlimen, jika kita tahu mengenai sesuatu isu, kita harus hati-hati kerana takut melanggar Peraturan Mesyuarat 36 (12),” ujarnya kepada pemberita dalam satu sidang media yang diadakan di Parlimen hari ini.

Pandikar, dalam pada itu turut menegur sikap segelintir Ahli Parlimen yang seringkali terlupa akan tanggungjawab masing-masing dek kerana megah dengan diri sendiri kononnya seorang ahli parlimen dipilih oleh rakyat.

“Tugas sebagai Ahli Parlimen bukan sekadar berdiri di hadapan pembesar suara dan berbahas, tugas yang paling mustahak adalah kebertanggungjawaban. Apabila seseorang itu bertanggungjawab, maka semua sudut perlu difikirkan.

“Jangan jadikan ungkapan ‘wakil kepada rakyat’ sebagai tiket untuk kepentingan diri sendiri sedangkan ada perkara yang kadangkala terlepas pandang,” ujarnya.

Sementara itu, Pandikar turut menegur sikap sesetengah ahli parlimen yang bercakap mengenai amalan parlimen-parlimen di negara barat tetapi bertindak sebaliknya.

“Kita selalu kata kita negara demokratik, kita patut ikut bagaimana negara demokratik berjalan.

“Tetapi kita tidak berkelakuan seperti anggota-anggota parlimen yang kita rujuk itu. Sebagai contoh,di dalam Dewan Rakyat British, tiada ahli parlimen yang keluar ketika pembentangan belanjawan, tidak pernah,” tegas Pandikar.

Beliau merujuk kepada tindakan anggota parlimen pembangkang yang keluar dewan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan belanjawan negara, Bajet 2017 pada Jumaat lepas.
— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s