RUU 355,! Siapa Tolak Akta 355? PAS Minta Mereka Ingat Mati

Posted on

173513yt7tmhbmk3bhqs4o

Pemuda PAS meminta umat Islam yang menentang pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) supaya mengingati mati.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pihak yang menentang usaha PAS untuk meminda akta tersebut perlu mengingati bahawa setiap manusia akan mati dan dipersoalkan oleh Allah S.W.T

“Ulama meletakkan kaedah: Sesuatu perkara wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib.

“Kenapa perkara yang semudah ini nak dipolemikkan sampai timbul isu kafir-mengkafir dan seumpamanya.

“Semua kita akan mati dan dipersoalkan oleh Allah. Tepuk dada tanya iman masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dibentangkan oleh PAS di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.

Usaha itu bagaimanapun mendapat tentangan hebat pemimpin Pakatan Harapan termasuk yang beragama Islam kerana mendakwa ia strategi PAS untuk melaksanakan hudud di Malaysia.

Pemimpin DAP mendakwa hudud bercanggah dengan Perlembagaan Negara, perundangan lapuk, ketinggalan zaman dan mengundang bias kepada golongan lemah terutama kaum wanita.

Pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) pula mendakwa usaha PAS itu menimbulkan banyak kekeliruan dan keresahan bukan Islam dan ia sebenarnya propaganda politik PAS.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menyifatkan hasrat PAS itu sangat membimbangkan terutama berhubung skop hukuman ke atas pesalah syariah.
— Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s