[Video] Muhyiddin Pembohong, Penakut dan Bercanggah Dengan Diri Sendiri – Annuar Musa

Posted on

annuar-muhyiddin

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini melahirkan rasa kecewa apabila celahannya ditolak oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyampaikan hujah dalam sesi perbahasan Bajet 2017 di Dewan Rakyat hari ini.

Annuar, yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh turut menggelar Muhyiddin sebagai pembohong, penakut dan juga bercanggah dengan dirinya sendiri apabila membuat ucapan yang secara nyata bertentangan dengan fakta sebenar termasuk mendakwa kononnya suara beliau tidak didengari walaupun ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Ingin saya nyatakan di sini bahawa dalam ucapan Ahli Parlimen Pagoh sebentar tadi telah berlaku ‘self-contradiction’ yang sangat nyata.

“Beliau sendiri membuat pengakuan bahawa beberapa keputusan dalam kabinet telah diubah bagi mengambil kira teguran dan pandangan yang dilakukan beliau, misalnya keputusan kabinet diubah daripada menerima pelan rasionalisasi menjadi kabinet hanya mengambil maklum tentang pelan rasionalisasi.

“Ini jelas menunjukkan bahawa suara beliau didengari. Jika itu benar, bagaimana dengan dakwaan beliau ketika berada di pihak lain (pembangkang) pula, banyak suara-suara beliau tidak didengari?,” ujarnya.

Tambah Annuar, beliau pada masa yang sama mahu bangkit menafikan hujahan Muhyiddin kerana menurutnya apa yang dikatakan oleh Muhyiddin adalah tidak benar, kononnya Muhyiddin bersuara dengan tegas semata-mata kerana mahu memainkan peranan sebagai anggota kerajaan yang memikul prinsip tanggungjawab kolektif atas isu besar negara.

“Sebaliknya beliau mengambil kesempatan daripada kemelut yang dihadapi oleh kerajaan dan mahu menggunakan kesempatan itu bagi melemahkan kedudukan Perdana Menteri dan meletakkan dirinya sendiri untuk mengambil alih jawatan tersebut,” ujarnya dalam satu sidang media yang diadakan di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Annuar, dalam pada itu turut menyoal sikap berdiam diri Muhyiddin semasa masih menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, malah enggan membawa isu-isu yang dicanangnya di atas pentas pembangkang dalam sebarang forum anjuran parti dan kerajaan.

“Sepanjang pengetahuan saya sebagai ahli Majlis Tertinggi, Muhyiddin sewaktu menjawat jawatan tersebut dan semasa masih lagi menjadi timbalan perdana menteri, tidak pernah bersuara secara tegas.

“Saya sendiri pernah cabar beliau kenapa tidak bawa isu ini sewaktu jadi timbalan perdana menteri, kenapa diam seribu bahasa kemudian buat ucapan terbuka di Mesyuarat Umno Bahagian Cheras,” katanya.

Annuar juga menyifatkan Muhyiddin sebagai penakut kerana enggan memberi peluang untuk mencelah ketika perbahasan.

“Jadi hari ini beliau takut untuk berhadapan dengan persoalan yang saya bangkitkan, maka bagi saya ia mengiakan lagi tanggapan saya,” ujarnya lagi.

— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s