Wajib Ambil Tahu!!! Ini Bukti Mudahnya Hidup Di Malaysia

Posted on

4970
Memang gambar ini tiada kena mengena pun, jadi apa masalahnya?

(AWAS : PENULISAN INI DITULIS DALAM SKEPTIKAL. AMAT BAHAYA BUAT MEREKA YANG MELETAKKAN AKAL DI KEPALA LUTUT)

HIDUP di Malaysia pada zaman sekarang sapa kata susah dan membebankan? Bagi penulis jika sapa-sapa mahu hidup senang di muka bumi ini, eloklah bermastautin di Malaysia sebagai rakyat negara ini.

Kenapa pula boleh cakap begitu sedangkan senario ekonomi dunia sekarang sedang di paras bawah hidung?

Mana tidaknya, hanya di sini saja rakyatnya boleh menjadikan Kerajaan Malaysia sebagai “punching bag” yang tak pernah dianggap rosak.

Apa sahaja kegagalan yang kita lakukan dalam hidup, jangan risau, sebab kita ada sebuah “punching bag” yang boleh disalahkan. Tak kisah apapun kegagalan diri sendiri, apatah lagi kesalahan orang lain.

Contohnya, kita pinjam Along duit untuk berniaga. Taknak pinjam bank sebab terlalu leceh dan merumitkan. Jadi pinjam saja Along untuk kembangkan perniagaan kita agar kita dapat hidup mewah di Malaysia.

Apabila kita tak mampu bayar dan Along kejar, apa lagi kita cuba buat status di mana-mana media sosial agar satu dunia dapat tahu tentang kita. Ambil keputusan berani untuk mencuba bunuh diri kita sendiri. Tapi di dalam status media sosial itu jangan lupa selitkan semua yang terjadi adalah salah Kerajaan. Maksudnya, kita meninggal sebab salah Kerajaan.

Mudah sangat kan?

Atau mungkin anak kita hasil dari perkongsian hidup antara kita dan pasangan kita telah gagal dalam peperiksaan di tadikanya. Padahal kita sudah lama canang kepada orang kampung kita di Ceruk Tok Kun, Pulau Pinang bahawa anak kita ini lahir di Kota Raya Kuala Lumpur, pastinya cerdik melebihi yang tinggal di kampung. Apabila result peperiksaan keluar kita lihat anak kita gagal. Okey, tidak mengapa, kita tulis dalam status media sosial kita bahawa anak kita bodoh disebabkan Kerajaan. Walhal, dia bodoh sejak dari baka dia lagi.

Bukankah mudah sangat untuk hidup di negara ini?

Mungkin satu lagi contoh. Kita baru sahaja graduate dari universiti. Semasa kita dapat masuk ke universiti dulu pun cukup-cukup makan. Sebab itu kita dapat PTPTN saja, tak dapat biasiswa seperti anak orang lain. Selepas kita graduate kita dah 12 bulan mencari kerja tapi tak dapat. Hanya dapat kerja sebagai penolong pegawai di sebuah agensi saja, itupun kontrak. Ada yang kata “okeylah kerja tu…”. Tapi kita rasa tak okey, kenapa? Sebab kita nak keluar-keluar saja universiti terus dapat kerja seperti boss Nanie bernama Zafri dalam telemovie “Sweetie Nanie” di Tv3 tu. Jawatan apa Zafri boss Nanie tu? Ohhh CEO syarikat… So dah tak dapat bayar balik PTPTN secara konsisten sebab kununnya kecewan tak dapat jawatan seperti diimpikan, maka kita taip di media sosial salahkan Kerajaan yang ada. Macam-macam kita maki hamun Kerajaan dan 100% kita letakkan salah tu kepada Kerajaan dan sapa-sapa saja yang “mesra Kerajaan” pun akan terpalit dengan caci maki kita.

Mudahkan nak hidup di negara ini?

Jadi cukuplah sekadar tiga contoh itu saja yang boleh penulis gambarkan betapa mudahnya dapat hidup di Malaysia ini. Tapi harus diingat ya, tiga contoh yang penulis beri itu tidak ada kena mengena dengan sesiapa ya sama ada yang masih hidup atau telah mati. Jika ada yang terasa juga, maksudnya dia pernah buat lah tu.

So, teori penulis yang mengatakan kalau nak mudah hidup di dunia ini maka jadilah rakyat Malaysia yang seperti dalam contoh tu dikira betullah kan? Dan kebanyakan mereka yang seperti dalam contoh tu adalah mereka yang digelar pembangkang. Tak hairanlah jika ada pakar dunia berpendapat pembangkang yang ada di Malaysia ini adalah ‘YANG PALING TERUK DALAM DUNIA’.

Sekian,
Coretan SKEPTIKAL!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s