Wakil Rakyat,! “Teresa Kok Sila Buka Mata, Minda Awak Tu!”

Posted on

teresa-kok

Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok diminta membuka mata dan minda bukannya menyalahkan kerajaan atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan menuduh pihak berkenaan mengabaikan rakyat.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor turut mengecam Teresa kerana menuduh setiap apa yang kerajaan dan DBKL buat untuk rakyat adalah salah.

“Tolong buka mata dan tengok. Jangan salahkan DBKL, kalau Seputeh tak mahu sediakan rumah mampu milik jangan kata apa yang kita buat semua salah,” kata Tengku Adnan di Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Teresa yang mendakwa kerajaan atau DBKL membuat projek-projek tanpa pengetahuannya dan wakil rakyat pembangkang Wilayah Persekutuan yang lain.

Ini termasuk program KL Car Free Morning dan kerja-kerja penambahbaikan pengangkutan awam serta pembinaan rumah mampu milik.

Teresa juga berkata beliau sesat dan tersangkut dalam kesesakan jalan raya kerana tiada papan tanda projek-projek yang sedang dilakukan.

“Minta maaf, Yang Berhormat Seputeh sebab kata tak tahu KL Car Free Morning.. YB suka tengok komputer dan cerita bukan-bukan. Kita sediakan papan tanda dan maklumat ITS (papan tanda elektronik), setiap minggu kita paparkan, tolong buka mata dan tengok,” katanya.

Menurut Tengku Adnan, DBKL turut membelanjakan RM70 juta untuk perkhidmatan bas KL Go Free secara percuma sebagai jaringan pengangkutan awam.

“Kalau YB tak nak sediakan rumah mampu milik, biar kita buat. Ini masalahnya sebab YB tak tengok. YB fitnah, fitnah. Tolong buka minda dan lihat kebaikan kerajaan,” jelasnya.

— Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s