Masyarakat India Di Kelantan Buat Persiapan Sederhana Sambut Deepavali Esok

Posted on

photo_2016-10-28_20-54-17

KOTA BHARU, 28 Okt — Persiapan sambutan Deepavali atau pesta cahaya oleh masyarakat India di negeri ini dilakukan secara sederhana dengan konsep berjimat cermat.

Ketua Pemuda MIC Kelantan P. Ganthiraja berkata walaupun persiapan dilakukan secara sederhana namun masyarakat India di negeri ini tetap bergembira kerana dapat mengekalkan amalan tradisi mereka.

“MIC Kelantan menasihati masyarakat India yang akan menyambut perayaan berkenaan esok, supaya tidak boros berbelanja dan mengamalkan sikap berjimat cermat untuk persiapan sambutan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ganthiraja berkata walaupun mereka mengambil berat terhadap kenaikan kos sara hidup, setiap keluarga akan memastikan sambutan itu meriah.

“Terdapat keluarga hanya memperuntukkan sedikit wang bagi menyediakan pakaian baharu kepada anak-anak mereka di samping menyediakan sedikit pemanis mulut untuk disajikan kepada tetamu,” katanya.

— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s