Nurul Izzah Beri Kata Dua Kepada Ratu Naga?

Posted on

nurul-izzah

Umum mengetahui bahawa bekas seorang aktivis politik media sosial yang dikenali sebagai Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah telah menyertai Parti Keadilan Rakyat setelah sebelum ini dilihat lebih cenderung kepada kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penyertaannya dalam PKR ini di terima oleh Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamarudin dalam satu majlis ringkas baru-baru ini. Sebenarnya, tiada apa yang perlu untuk diulas kerana setiap orang bebas untuk menyertai apa jua parti politik yang mereka rasa selesa untuk meneruskan perjuangan.

Ketika semua pihak menganggap Ratu Naga sudah mula menjalankan tugasnya di PKR, secara tiba-tiba Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengeluarkan satu kenyataan menerusi laman sosial Facebooknya yang boleh dianggap agak sinis kepada Ratu Naga. Berikut merupakan kenyataan penuh Nurul Izzah.

“Saya menerima aduan perihal serangan peribadi yang dibawa oleh segelintir pihak mahupun di luar ataupun terkini, di dalam Parti Keadilan Rakyat.

Saya berpendapat, budaya fitnah wajib ditolak. Makanya, walaupun kita menganggap perlunya pembelaan diri yang jelas dalam menangkis serangan pihak lawan, jangan kita juga menggunapakai rentak yang sama dalam bertarung. Saya sambut baik permohonan maaf oleh penulis blog yang memilih untuk menyelusuri jalan yang lebih jernih.

Namun, politik nilai, berteras batas moral serta etika wajib menjadi praktis. Biarlah kita menyerang dasar bukan keperibadian. Sekiranya peribadi juga dipilih, saya mohon jangan dipalitkan KEADILAN mahupun jemaah. Sebaiknya bersendirilah sekiranya tidak menghayati ayat Al Quran seperti di bawah:

Al-Baqarah:217 – Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah.

Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

Nurul Izzah Anwar
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s