PM Najib Ulangi Komitmen Kerajaan Arus Perdanakan Kaum India

Posted on

Mengarusperdanakan Masyarakat India adalah satu lagi komitmen Kerajaan untuk memastikan masyarakat India diperkasakan di dalam agenda pembagunan negara.

Komitment berkenaan diulangi oleh Perdana Menteri di dalam perutusan perayaan Deepavali beliau yang dimuatnaik melalui catatan dalam blog NajibRazak.com malam tadi.

Di dalam perutusan itu beliau megulangi komitmen kerajaan untuk mengarusperdanakan masyarakat India melalui program-program pembelaan dalam agenda pembangunan negara melalui Pelan Tindakan (Blueprint) Sosioekonomi Masyarakat India yang bakal dilancarkan tahun depan ujarnya.

“Semoga perayaan pesta cahaya ini akan membawa cahaya kebahagiaan dan keharmonian kepada semua rakyat Malaysia. Bersempena sambutan perayaan Deepavali tahun ini, marilah kita eratkan lagi hubungan baik dan persefahaman yang telah terjalin antara kita.

“Saya masih ingat sambutan Deepavali semasa saya kecil di mana bersama-sama ibu dan ayah, kami membuat kunjungan ke rumah sahabat yang beragama Hindu dan menikmati hidangan yang cukup lazat seperti thosai, chapati, murukku dan lain-lain lagi,” katanya lagi

Penganut Hindu di seluruh dunia akan menyambut Deepavali pada Sabtu ini dan ia disambut pada Saturthasi Tithi, iaitu hari ke-14 dalam bulan Iypasi berdasarkan kalendar panjangam Hindu.

Najib berkata semangat Deepavali adalah berasaskan kepada kejayaan cahaya mengatasi kegelapan.

“Semangat itu mencerminkan perjalanan Malaysia sebagai negara berbilang kaum dalam mengharungi pelbagai cabaran serta rintangan supaya rakyat negara ini dapat menikmati kehidupan yang aman dan sejahtera,” kata beliau.

Perdana menteri turut meminta rakyat supaya mendoakan agar keluarga mangsa tragedi kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru tabah menempuhi dugaan yang menimpa kehidupan mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s