Politik Matang,! Pertemuan Hadi, Salleh Bukti Kewujudan Budaya Politik Matang

Posted on

hadi-salleh-pertemuan

KUALA LUMPUR – Pertemuan antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak di Angkasapuri jelas membuktikan bahawa kelestarian budaya politik matang dan sejahtera masih wujud dalam politik tanah air.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan, Abdul Hadi turut diiringi Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad dan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi membincangkan isu penting melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

“Kunjungan ini turut mempamerkan pendekatan PAS sebagai Pembangkang Konstruktif (Pembangkang Yang Membina). Bertemu dan memberi pandangan, kritikan serta membantu untuk sama – sama ambil tanggungjawab bagi merungkai masaalah semasa yang membelenggu negara dan rakyat.

“Subjek penting dalam pertemuan itu juga ialah saranan Datuk Seri Tuan Guru kepada pihak berkuasa kementerian agar dapat mewujudkan inisiatif kerjasama pemberitaan dikalangan negara serantau terutama untuk melawan pelampau media dengan pemberitaan palsu dan fitnah mereka yang berleluasa mutaakhir ini termasuklah mendepani keganasan media dan agensi berita asing dengan pemberitaan yang direka cipta untuk melunaskan agenda tersembunyi mereka,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata sifat Abdul Hadi sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Antarabangsa telah memberi penglibatan untuk sama – sama mencari jalan mengatasi isu penculikan di perairan Sabah dan menegaskan perlunya satu penyelesaian yang lebih menyeluruh dalam merungkai isu tersebut.

Selain itu, menurut Nasrudin, Abdul Hadi juga meminta agar kerajaan memberi perhatian dalam menangani isu media sosial kerana ia menjadi tanggungjawab semua pihak dalam meneliti kesahihan dan kewajaran maklumat yang di muat naik ke dunia siber.

“Justeru itu, Datuk Seri Tuan Guru turut menegaskan betapa keganasan dan pelampau media ini sangat bahaya dan mampu menggugat keharmonian masyarakat atau rakyat dalam negara kita,” ujarnya.

— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s