Terkini! Khairuddin Umum Keluar PPBM Berkuat Kuasa Serta-Merta

Posted on

khairudin

PETALING JAYA: Orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan malam ini mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan yang diterima FMT, Khairuddin menjelaskan pemergian ini membolehkan beliau tumpu menangani kes-kes mahkamah yang sedang serta akan berlangsung “secara berterusan” selepas ini.

“Pada hakikatnya, saya perlu memberi fokus secara sepenuh masa bagi menghadapi beberapa perbicaraan penting untuk lawan segala bentuk kemungkaran korupsi (Perdana Menteri) Najib Razak dan salahlaku institusi-institusi kerajaan,” jelasnya.

Beliau pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tahun lepas selepas beliau membuat aduan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di beberapa agensi penguatkuasa undang-undang luar negara.

Bagaimanapun Khairuddin akan tetap bersama Sekretariat Deklarasi Rakyat, yang cukup “bermakna dan amat sentimental” buat dirinya.

“Adakalanya di dalam perjuangan kita hanya perlu berbekalkan keikhlasan untuk berjuang. Jawatan tidak penting langsung sekiranya kita ikhlas untuk berjuang,” katanya.

“Mulai saat dan detik ini; setiap orak langkah perjuangan saya adalah atas nama Khairuddin bin Abu Hassan tanpa mewakili mana-mana parti politik buat sementara waktu,” katanya.

Dalam pemergiannya, Khairudin sempat menitip pesan kepada pimpinan dan ahli bekas partinya itu supaya bersatu dan taat kepada Pengerusi Dr Mahathir, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta majlis pimpinan PPBM.

“Secara jujur dan ikhlas semua pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti Bersatu tidak boleh berpuak-puak dan jangan sama sekali menyerapi budaya serta amalan buruk Umno ke dalam Bersatu.”

— FMT

Advertisements

One thought on “Terkini! Khairuddin Umum Keluar PPBM Berkuat Kuasa Serta-Merta

    […] Baca: Khairuddin Umum Keluar PPBM Berkuat Kuasa Serta-Merta […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s