Bajet 2017,! Mustapa Nafi Ekonomi Negara Bankrap

Posted on

image-2

KOTA BHARU – Umno Kelantan menafikan ekonomi negara bankrap, sebaliknya memberi jaminan Malaysia mempunyai aset-aset dan harta yang cukup untuk memenuhi tuntutan dan perbelanjaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penafian dakwaan negara bankrap itu akan diperhebat dengan mengadakan program penjelasan isu-isu semasa kepada rakyat bagi menangkis fitnah yang disebar pihak tidak bertanggungjawab.

“Negara kita tidak bankrap kerana kalau bankrap, sudah pasti kita tak boleh bayar gaji atau tuntutan daripada kakitangan kerajaan, malah anggota tentera dan polis pasti tidak ada kerja, tidak ada duit minyak dan tidak boleh bayar tuntutan.

“Bajet 2017 baru-baru ini adalah mesra rakyat kerana masih memberikan bantuan kepada penduduk luar bandar termasuk anak-anak miskin, namun ada kumpulan yang menabur fitnah dan mengucar-kacirkan keadaan,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kelab Sahabat N87 Kelantan yang kini mempunyai ahli seramai 1,000 anggota daripada kalangan veteran Umno yang berjuang mempertahankan institusi presiden parti.

Turut hadir, Pengerusi N87 Malaysia, Datuk Dr Suleiman Mohamed dan Pengerusi N87 Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan negara bankrap, Mustapa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkata, Bajet 2017 lalu adalah mesra rakyat, malah ada dalam kalangan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan ketua kampung dinaikkan elaun.

“Rakyat menerima baik bajet itu yang dibentang baru-baru ini, cuma ada sedikit dakwaan yang dibuat oleh orang politik.

“Kita akan terus memberi penjelasan mengenai hal itu dan isu-isu semasa kepada anak-anak perantau dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya.

— KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s