Keluar Parti,! ‘Saya Tidak Gila Jawatan PPBM’ – Khairuddin

Posted on

71444703735_khairuddinabuhassa

KUALA LUMPUR: Exco Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak dinasihat tidak mencampuri urusan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Baca: Khairuddin Umum Keluar PPBM Berkuat Kuasa Serta-Merta

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu menegaskan, tujuannya keluar PPBM adalah untuk menyelesaikan semua kes-kes penting yang bakal ditempuhinya di mahkamah.

“Tolong jangan masuk campur urusan dan pendirian saya. Baca kenyataan akhbar saya betul-betul, jangan pandai-pandai bercakap mengenai permasalahan dalam PPBM.

“Saya tidak pernah minat untuk pegang sebarang jawatan penting dalam parti. Kalau saya hendak jawatan politik atau korporat, sudah lama saya minta daripada Tun Dr Mahathir Mohamad jadi perdana menteri lagi,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Khairuddin mengulas kenyataan Ibdilillah yang menyifatkan keputusannya untuk keluar dari PPBM sebagai tidak mengejutkan.

Tegas Ibdilillah, keputusan itu sekali gus mengesahkan khabar angin yang mengatakan Khairuddin akan keluar PPBM kerana masalah dalaman parti itu sendiri.

Dalam pada itu jelas Khairuddin, Ibdilillah tidak boleh menyamakan perjuangan PPBM sama seperti lain yang berlandaskan agama selain selari dengan fardu kifayah.

“Buat kerja kamu baik-baik dan tolong jangan campuri urusan yang dia sendiri tidak tahu serta tidak pernah terlibat,” ujarnya.

Sebuah portal melaporkan, Pengerusi PPBM, Dr Mahathir berkata tidak dimaklumkan mengenai berita Khairuddin yang keluar parti itu berkuat kuasa serta merta pada malam Khamis.

Sementara sebuah portal lagi melaporkan kenyataan Ketua sayap Wanita PPBM, Anina Saadudin yang menyifatkan Khairuddin akan tetap menyokong perjuangan PPBM meskipun mengambil keputusan mengejut keluar parti.
— Astro Awani

Advertisements

One thought on “Keluar Parti,! ‘Saya Tidak Gila Jawatan PPBM’ – Khairuddin

    […] Baca: Keluar Parti,! ‘Saya Tidak Gila Jawatan PPBM’ – Khairuddin […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s