Let’s Go With Me,! Lebih 21,000 Peserta Sertai Walkaton D’raja Kelantan 2016

Posted on Updated on

KOTA BHARU, 28 Okt — Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mengetuai lebih 21,000 peserta menyertai program Walkaton D’Raja Kelantan 2016-Let’s Go With Me – yang bermula di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam ini.

Baginda turut berkenan melepaskan peserta daripada pelbagai peringkat umur kira-kira 10 malam tadi.

Baginda juga mencemar duli berjalan kaki bersama rakyat sejauh tujuh kilometer bermula dari stadium berkenaan dan berakhir di tempat yang sama.

Turut serta Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Program tahunan kelima itu adalah cetusan idea Sultan Muhammad V sendiri, yang bertujuan mengeratkan hubungan rakyat dengan baginda dan dianjurkan oleh Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi.

Antara laluan yang dilalui ialah Jalan Bayam-Jalan Mahmood-Jalan Sultan Ibrahim-Jalan Hamzah-Jambatan Sultan Yahya Petra 2 ke Pasir Pekan sebelum kembali ke stadium berkenaan.

Penyertaan teramai itu merupakan tanda sokongan dan junjung kasih rakyat negeri ini kepada Sultan Kelantan, selain melahirkan rasa bangga dengan pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 berkuat kuasa 13 Dis ini.

Acara jalan kaki Diraja itu menampilkan kelainan tahun ini apabila diadakan pada sebelah malam dengan pelbagai acara termasuk pertunjukan bunga api dan persembahan kebudayaan Kelantan.

Rata-rata peserta yang ditemui begitu gembira dapat menyertai acara berkenaan bersama Sultan Kelantan.

Hui Leng, 23, pelajar Universiti Malaysia Kelantan, melahirkan rasa bangga dapat menyertai program yang diketuai Sultan Kelantan sendiri, iaitu seorang Sultan yang dekat dengan rakyat.

“Acara ini bagus untuk baginda mendekati rakyat pelbagai kaum dan peringkat umur, dan kami sudah tentu ternanti-nanti untuk bertemu baginda,” katanya.

Abdul Aziz Mat, 48, berkata ini kali pertama beliau bersama isteri serta lima anak mereka berumur antara 3 dan 17 tahun menyertai acara tersebut.

“Program ini perlu diteruskan pada tahun akan datang supaya menerusi acara ini, rakyat dapat mendekati baginda malah program seumpama ini juga dapat mengalakkan rakyat beriadah bersama keluarga dan rakan,” katanya.

— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s