Siapakah Yang Lari Dari Perjuangan Parti – Najib

Posted on

perjuangan-politik_thumbnail_r1

Siapakah yang lari dari perjuangan parti dan sanggup bersetongkol dengan parti cauvanis untuk menjatuhkan kepimpinan negara, apakah perjuangan memajukan negara hari ini tersasar dari perjuangan parti? Itulah luahan terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui entri terbaru di dalam blog peribadinya semalam .

Baca: Ucapan Perdana Menteri Mengenai Perjuangan Politik

Lebih menyedihkan seorang pemimpin lama turut menggunakan tuduhan yang pernah dilemparkan ke atas dirinya ketika dia berkuasa sebelum ini dan mengatur pelbagai langkah untuk menghasut rakyat untuk membenci Najib di dalam dan luar negara.

Tambah beliau lagi, pemimpin berkenaan menggunakan pelbagai alasan untuk menarik orang masuk ke dalam partinya yang baru. Antara tuduhan yang dilemparkan termasuk menuduh Najib lari dari perjuangan parti dan memecah belahkan bangsa Melayu.

“Memang benar perjuangan dulu dan sekarang berbeza. Dulu beliau yang berumur 91 tahun ini memperjuangkan kemerdekaan. Sekarang saya memperjuangkan kemajuan Negara.

“Apakah usaha kami membina infrastruktur seperti MRT, BRT, LRT, Lebuhraya Pan Borneo, RAPID Pengerang, kota Iskandar untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat, bukan satu perjuangan?

“Apakah penyediaan bantuan kerajaan seperti TERAJU, TEKUN, bantuan-bantuan 1Malaysia, PR1MA, e-Kasih, UTC, RTC untuk kemudahan rakyat bukan satu perjuangan?”
Kata Najib lagi,

“Biarlah apa mereka kata, saya dan Jemaah Menteri akan terus komited dalam perjuangan kami memartabatkan agama, bangsa dan negara”.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad kini kerap menyerang pentadbiran Najib melalui platform parti baru yang ditubuhkannya. Mahathir dan beberapa bekas pemimpin Umno turut bersama-sama parti pembangkang menggerakkan deklarasi rakyat yang menuntut Najib meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s