Belum Ada Ahli Puteri Umno Sertai PPBM

Posted on

Sekadar gambar hiasan

Pergerakan Puteri Umno berharap agar lebih ramai anggotanya akan diberi peluang untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata beliau berhasrat untuk melihat lebih daripada 10 ahli sayap itu diberi peluang oleh pucuk pimpinan parti untuk dicalonkan dalam pilihan raya umum itu.

Setakat ini, katanya, terdapat 10 anggota Puteri yang menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen selepas memenangi kerusi masing-masing pada PRU13 pada 2013.

“Usaha mengetengahkan calon Puteri ini juga perlu supaya agenda pembangunan negara dapat diteruskan dan memenuhi keperluan serta memahami aspirasi anak muda,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Tanah Bencah Setiu, di Setiu, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mas Ermieyati, yang juga timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan, berkata belum ada anggota sayap itu keluar parti untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Setakat ini, saya dimaklumkan ada bekas anggota Puteri (keluar kerana kelayakan umur) cuba dipengaruhi supaya sertai PPBM, namun mereka tidak menyertainya,” katanya.

— Bicara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s