Mahathir Pening Orang Kuat PPBM Keluar Parti

Posted on Updated on

Malaysia's former prime minister Mahathir Mohamad during an interview with Reuters at his office in Petronas Towers, Kuala Lumpur, Malaysia

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad sendiri pening tidak tahu ‘orang kuatnya’ sendiri, Khairuddin Abu Hassan bertindak keluar parti itu.

Baca: Keluar Parti,! Tiada Keyakinan Punca Khairuddin Keluar PPBM

Menurut bekas perdana menteri itu, beliau perlu berjumpa dan mendengar penjelasan terlebih dahulu, sebelum menjawab persoalan misteri mengapa Khairuddin tergamak bertindak sedemikian rupa secara tiba-tiba pula.

“Saya tidak tahu, saya tidak dengar lagi kenyataan dari dia. Tidak tahu, perkara itu betul atau tidak. Saya kena cakap dengan beliau dahulu,” kata Mahathir yang turut kelihatan terpinga-pinga apabila diajukan soalan cepumas itu.

Beliau yang juga mantan presiden UMNO dan Barisan Nasional selama 22 tahun itu berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran dua buku yang dihadirinya di Yayasan Al Bukhary di sini lewat Jumaat.

Semalam, Khairuddin dalam kenyataannya mengumumkan keluar daripada PPBM secara mengejut dan mendakwa konon terpaksa berbuat demikian untuk mempersiapkan dirinya menghadapi beberapa kes besar di mahkamah.

“Dalam masa yang sama saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat yang masih lagi berada bersama parti Bersatu (dibaca: PPBM) dan berharap mereka menggalaskan tanggungjawab secara beramanah.

“Saya kini perlu memberi fokus secara sepenuh masa bagi menghadapi beberapa perbicaraan penting di mahkamah (kononnya) untuk melawan segala bentuk kemungkaran korupsi dan salah laku institusi-institusi kerajaan.

khai

“Secara jujur dan ikhlas semua pemimpin dan ahli parti tidak boleh berpuak dan jangan sama sekali tiru budaya serta amalan buruk UMNO ke dalam Bersatu (dibaca: PPBM),” kata Khairuddin dalam kenyataannya pada Khamis.

Tindakan itu turut mengejutkan pelbagai pihak memandangkan ‘tiada angin atau ribut’ membadai PPBM dan ia cetus spekulasi bahawa parti tersebut sebenarnya sedang menghadapi masalah dalaman yang cuba disorokkan.

Khairuddin hanya berani menyertai PPBM pimpinan Mahathir dengan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan lalu walhal sebelum itu beliau berulang kali menegaskan tidak akan sama sekali menyertai parti kecil tersebut.

PPBM diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 9 September namun setakat ini tidak menyertai Pakatan Harapan dianggotai DAP, PKR dan PAN atau Gagasan Sejahtera yang disertai PAS, Ikatan dan Berjasa.

Sebelum PPBM ditubuhkan, nama Khairuddin disebut-sebut sebagai bakal setiausaha agung parti namun akhirnya, ‘orang kuat’ Muhyiddin, Datuk Shahruddin Md. Salleh dilantik mengisi jawatan penting berkenaan awal bulan ini.

ADUN Jorak di Johor itu bertindak keluar UMNO setelah terdengar ura-ura beliau ditawarkan jawatan tersebut sebelum disingkirkan Kementerian Pendidikan sebagai Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Ini kerana jawatan di ITBM itu dicadangkan Muhyiddin sewaktu menjadi Menteri Pendidikan dan kebetulan Shaharuddin dipecat susulan isu kontroversi institut tersebut di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia.
– Agensi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s