Orang Asli HSK Balah Dakwa Sukar Dapat Bekalan Makanan, Jual Hasil Tanaman

Posted on

GUA MUSANG, 30 Okt — Penduduk Orang Asli di sekitar Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, di sini mendakwa mereka sukar mendapatkan keperluan harian berikutan larangan orang luar memasuki HSK tanpa permit oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK).

Baca: Pembalakan,! Kerajaan Kelantan Yakin Dapat Selesaikan Isu Pembalakan Di Gua Musang

Selain itu, mereka mendakwa sukar untuk menjual hasil tanaman seperti pisang dan getah selepas penguatkuasaan larangan berkenaan sejak dua minggu lepas.

Wakil penduduk, Mustafa Along, 29, berkata masalah bermula setelah JPNK membuat pemeriksaan terhadap setiap individu yang ingin masuk ke kawasan itu.

“Ia menyukarkan kami untuk mendapatkan bekalan makanan kerana sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu akan ada peruncit (peniaga) yang datang untuk menjual barangan keperluan harian,” katanya kepada pemberita di sekatan pembalakan Orang Asli di Kampung Petei, Pos Bering di sini.

Mustafa berkata penduduk terpaksa mencatu bekalan makanan kerana tidak ramai daripada mereka yang mempunyai motosikal untuk keluar dari kawasan itu bagi membeli keperluan harian.

“Nak keluar ke bandar Gua Musang juga jauh, sekurang-kurangnya tiga jam menunggang motosikal. Itupun jika cuaca baik, jika hari hujan pula, kami perlu ambil masa lima jam.

KB03_301016_ HSK BALAHKami tak mempunyai kenderaan pacuan empat roda untuk keluar beli bekalan harian dan terpaksa bergantung kepada motosikal. Tak banyak yang boleh dibeli jika guna motosikal,” katanya.

Justeru, Mustafa berharap JPNK memberi kelonggaran kepada peniaga yang ingin memasuki HSK Balah bagi memudahkan seramai 787 penduduk mendapat bekalan makanan.

Pada 3 Okt lepas, Kerajaan Negeri Kelantan mengeluarkan arahan menangguhkan aktiviti pembalakan HSK Balah selepas lebih 200 penduduk Orang Asli membuat sekatan menghalang laluan keluar masuk lori balak di Kampung Petei sejak 26 Sept lepas.

Kumpulan berkenaan menggesa semua aktiviti pembalakan di HSK Balah berhampiran kawasan penempatan mereka dihentikan kerana mereka mendakwa aktiviti itu merosakkan alam sekitar dan kepupusan hutan hingga menjejaskan mata pencarian mereka.

Sebelum ini, Pengarah JPNK Zahari Ibrahim dilaporkan berkata penduduk Orang Asli yang tinggal di kawasan itu bebas untuk memasuki kawasan HSK Balah bagi menghormati mereka sebagai orang asal di situ tetapi individu lain wajib memohon permit untuk masuk ke HSK itu.
— Bernama

Advertisements

One thought on “Orang Asli HSK Balah Dakwa Sukar Dapat Bekalan Makanan, Jual Hasil Tanaman

    […] Baca: Orang Asli HSK Balah Dakwa Sukar Dapat Bekalan Makanan, Jual Hasil Tanaman […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s