Tentera Arab Saudi Pintas Peluru Berpandu Balistik Disasarkan Ke Arah Mekah

Posted on

81477754092_sheikhabdullahbin

RIYADH: Kumpulan pemberontak Syiah Houthi di Yaman melancarkan peluru berpandu balistik ke arah Mekah pada Khamis malam, menurut laporan Reuters yang memetik kenyataan dikeluarkan tentera bersekutu Arab Saudi.

Baca: OIC Condemns Houthis for Firing Missile Targeting Makkah

Tentera bersekutu dilaporkan berjaya memintas peluru berpandu itu pada kedudukan 65km dari kota suci itu sebelum ia mengakibatkan sebarang kerosakan, serta bertindak balas terhadap tapak pelancarannya di Yaman, menurut kenyataan itu yang disiarkan agensi berita SPA.

Pihak Houthi mengesahkan pelancaran sebuah peluru berpandu balistik Burkan-1 ke arah Arab Saudi dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi mereka, tetapi berkata ia disasarkan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah.

Majlis Kerjasama Teluk yang dianggotai enam negara mengecam serangan peluru berpandu.

Menteri Luar Sheikh Abdullah Zayed daripada United Arab Emirates menuding jari kepada Iran, yang menyokong Houthis.

“Rejim Iran menyokong satu kumpulan pengganas yang melancarkan roketnya ke arah Mekah, adakah ini sebuah rejim Islam seperti yang didakwa?” dia menulis dalam tweet-nya.

— Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s