[Video] Krisis Air Selangor, Sambutan Deepavali Dengan Mengangkut Air Sungai, Azmin Patut Minta Maaf Pada Kaum India

Posted on

mgf27032016syabasmbselangor-3

Kelmarin, sambuta perayaan Deepavali disambut sederhana tetapi meriah di seluruh negara. Perayaan pesta cahaya ini pastinya ingin disambut dengan kehadiran sanak saudara serta jamuan makanan masakan India yang menambahkan rencah uniknya Malaysia di mata dunia.

Ketika hampir kesemua kaum India bergembira dengan kehadiran Deepavali ini, masih ada dikalangan kaum India yang menderita angkara kejahilan dan kelembapan sebuah kerajaan negeri menangani masalah dalamannya sendiri. Kerajaan negeri yang dimaksudkan adalah kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali.

Manakan tidak, disaat ramai penduduk kaum India sedang bergembira, mereka terpaksa menyinsing lengan bermandi peluh mengangkut air kerumah mereka. Malah ada diantaranya langsung tidak menerima tetamu disebabkan malu dengan masalah yang menimpa mereka. Tambahan pula, mereka tidak dapat membilas diri mereka dengan air setelah selesai melakukan upacara mandi minyak, upacara wajib setiapkali Deepavali.

Semua ini disebabkan penutupan buat kali keempat Loji Rawatan Air Semenyih yang dikatakan berpunca dari ban penahan air di Sungai Buah, pecah. Insiden ini menambahkan lagi kesengsaraan penduduk di lingkaran paip air dari loji berkenaan yang pada minggu lalu telah menyebabkan terputusnya bekalan air di kawasan Bangi, Kajang, Semenyih, Serdang, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Mungkin bagi Azmin, ianya hanyalah insiden biasa yang tidak perlu diberi perhatian olehnya berbanding isu 1MDB dan sebagainya. Namun, jika Azmin mempunyai sensitiviti dalam beragama, disaat rakyatnya sedang bersiap sedia untuk menyambut hari kebesaran, hal seumpama ini tidak sepatutnya terjadi.

Air merupakan bekalan asasi manusia dan jika bekalan ini gagal disempurna dan diselenggara dengan baik, ini bukan lagi masalah rakyat. Sebaliknya, kerajaan negeri harus menanggung kesengsaraan rakyat terutamnya kaum India. Mereka menunggu setahun untuk menyambut perayaan ini namun disebabkan kelemahan Azmin menangani masalah ini, mereka menanggung kesan yang bukan alang kepalang menyeksakan.

Jika Azmin mempunyai sedikit rasa tanggungjawab dan kesedaran dalam bertoleransi, Azmin dan kesemua barisan Exconya harus meminta maaf atas kelemahan dan kelembapan mereka menangani masalah air di Selangor. Usah memberikan alasan faktor cuaca menyebabkan keadaan semakin serius. Sebelum inipun, diwaktu negaara sedang berada dalam keadaan panas, kenapa tiada tindakan diambil bagi membaik pulih apa yang sepatutnya?

Berhentilah Azmin dari terus menyeksa kehidupan rakyat Selangor dengan aktiviti politik yang tidak berpenghujung. Berilah tumpuan kepada rakyat dan dekatilah penderitaan rakyat. Paling utama, Azmin harus mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Selangor dan kaum India terutamanya atas masalah air yang mereka tanggung sejak 8 tahun yang lalu.
— Pru14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s