Akhiri Kemarau,! Lang Merah Muncul Juara Piala Malaysia 2016

Posted on Updated on

14925730_1522744457740730_8632733385460542041_n

SHAH ALAM, 30 Okt — Kedah akhiri kemarau lapan tahun menjulang Piala Malaysia apabila menewaskan juara bertahan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.

Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 selepas masa tambahan 30 minit.

Kejayaan tersebut menyaksikan skuad Lang Merah berjaya melunaskan dendam mereka setelah kalah 0-2 kepada Selangor pada aksi final di venue yang sama, tahun lepas.

81477844368_pialamalaysiaKemenangan itu membolehkan Kedah meraih kejuaraan Piala Malaysia buat kali kelima selepas memenangi pertandingan bola sepak berprestij tanahair itu pada 1990, 1993, 2007 dan 2008.

Pada aksi yang disaksikan hampir 80,000 penyokong itu, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang dengan saling mengasak ke kubu masing-masing sebaik sahaja pengadil Mohd Amirul Izwan Yaacob memulakan perlawanan.

Kekebalan benteng pertahanan serta ketangkasan penjaga gol kedua-dua pasukan menyaksikan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Sebaik sahaja babak kedua perlawanan dimulakan, Selangor berpeluang memecah kebuntuan pada minit ke-50 namun percubaan penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri hasil hantaran Patrick Ronaldinho Wleh, gagal menemui sasaran.

Selang seminit kemudian, pemain tengah Kedah, Mohd Rizal Mohd Ghazali menceriakan penyokong skuad Lang Merah apabila menjaringkan gol pembukaan selepas percubaannya terkena pemain Selangor, S. Veenod sebelum melantun memasuk pintu gol Selangor.

Kelekaan barisan pertahanan Kedah membawa padah apabila Ahmad Hazwan menyamakan kedudukan untuk Selangor pada minit ke-59 menerusi permainan satu dua dengan Patrick.

Kedua-dua pasukan saling mengasak kubu masing-masing bagi memburu tambahan jaringan namun tidak berjaya sehingga tamat babak kedua perlawanan, sebelum aksi final berkenaan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Kejayaan Kedah itu bertambah manis selepas Mohd Rizal Mohd Ghazali dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Tunku Temenggong Kedah, Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah berkenan menyampaikan trofi Piala Malaysia kepada kapten pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar.

Hadir sama menyaksikan perlawanan berkenaan adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
— Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s