Bajet 2017,! Azmin Bentang Belanjawan “Lollipop”

Posted on Updated on

belanjawan-selangor-2017

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan menyifatkan Bajet negeri Selangor 2016 yang berjumlah RM 2.88 bilion sebagai belanjawan “lollipop”.

Mat Nadzari berkata ia seperti satu gula-gula yang diberi hari ini tetapi memudaratkan pada masa akan datang.

“Saya lihat bajet kali ini lebih kepada bajet lollipop dalam erti kata satu gula-gula yang diberi hari ini tetapi memudaratkan pada masa akan datang.

“Melihat kepada apa yang disebut oleh menteri besar tadi ada beberapa janji pada 2017 nanti baru akan dilaksanakan. Jadi dia menyediakan gula-gula hari ini kononnya kita akan manfaat pada 2017.

“Kita sangsi tentang pelaksanaan perkara tersebut,’ kata Mat Nadzari kepada pemberita selepas Menteri Besar, Azmin Ali selesai membentangkan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Sementara itu, ADUN Permatang Sulaiman Abdul Razak kesal kerana pentadbiran ADUN Bukit Antarabangsa itu didakwa tidak memberikan fokus kepada kawasan luar bandar.

“Saya sedikit kesal dan kecewa kerana bajet ini tidak fokus kepada kawasan luar bandar yang mana tidak banyak peruntukan diberikan.

“Sedangkan kawasan luar bandar juga merupakan utama dalam Selangor yang mana menyediakan bekalan makanan,” katanya kepada Malaysiakini.

Malah, begitu juga dari segi perumahan, kata Sulaiman.

“Kedua, dari segi perumahan. Kerajaan negeri boleh sebut berapa ribu sekalipun perumahan yang akan dibina dalam tempoh tiga tahun tetapi isunya berapa unit sebenarnya yang sudah dibina.

“Kerana apa yang menteri besar katakan itu tadi lebih kepada apa yang pemaju swasta lakukan bukan dilaksanakan oleh pihak kerajaan,” ujar Sulaiman.

‘Zaman Khalid lebih telus’

Selain itu, ADUN Dengkil Shahrum Mohd Sharif berkata belanjawan yang dibuat semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini lebih telus.

“Apa yang saya cuba nyatakan bahawasanya jika dilakukan seperti Khalid suatu ketika dahulu dan perkenalkan bajet tambahan, ia lebih telus dan fleksibel dan orang boleh nampak.

“Pertambahan hasil kerajaan negeri sejajar dengan bajet tambahan,” katanya.

— Tv14

Advertisements

One thought on “Bajet 2017,! Azmin Bentang Belanjawan “Lollipop”

    […] Baca: Bajet 2017,! Azmin Bentang Belanjawan “Lollipop” […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s